Trend Buat Side Income Secara Part Time
Financial Doctor anda...Investment Portfolio-Takaful-Wasiat Hibah-Tax-Debt Restructure-Retirement Planning-Hajj Planning

Trend Buat Side Income Secara Part Time

Trend Buat Side Income Secara Part Time

perniagaan keladi hiasan secara part time
perniagaan keladi hiasan secara part time

Dalam ekonomi yang serba mencabar ni, pasti ramai yang terkesan terutamanya ketika musim PKP. Ada yang dipotong gaji, ada yang dicutikan dan ada juga yang diberhentikan kerja terus!


side income tambah pendapatan
side income tambah pendapatan

Perbaiki Kewangan Dengan Menambah Pendapatan Secara Separa Masa

Kesedaran untuk mempunyai income tambahan selain daripada gaji tetap setiap bulan telah menjadi trend dan perkara biasa zaman ni. Dulu-dulu orang kata bila anak ramai, mulalah nak buat side income, namun sekarang untuk meneruskan kehidupan harian pun kadang-kadang, side income ni sangat-sangat membantu keluarga. Bukan lagi suami je kena buat side income, kadang-kadang isteri pun kena buat juga.

Kos Sara Hidup Semakin Tinggi

Tahukah anda, saban hari kos sara hidup semakin tinggi. Ini dikaitkan dengan kadar inflasi yang semakin meningkat. Dahulu RM50 dapat beli banyak barang, kini dengan nilai yang sama, cuma dapat beli barang dalam kuantiti yang kecil sahaja.

Gaji Yang Tidak Setimpal

Walaupun peraturan gaji minimum RM1500 bermula 1 Mei 2022 telah dilaksanakan, namun sebenarnya masih banyak lagi sektor yang membayar gaji yang rendah dan tidak setimpal berbanding negara-negara lain.

Ramai Rakyat Malaysia Tiada Simpanan

Tahukah anda, ada kajian ramai rakyat Malaysia yang tiada tabungan walaupun RM1000 <rujuk SINI>. Perkara ini adalah serius. Maka dengan mencari pendapatan tambahan, pastinya membantu anda untuk mulakan simpanan RM1000 pertama anda kan?


Duit Lebih Untuk Settle Hutang Awal

Hutang-hutang jahat seperti credit card, boleh dihabiskan awal dengan menggunakan duit lebihan setiap bulan daripada pendapatan side income. Ini agak efektif kerana biasanya anda tidak mampu untuk melangsaikan sekaligus hutang credit card, tapi dengan membayar lebih, pasti akan mempercepatkan proses penyelesaian hutang kad kredit tersebut.


Duit Lebih Untuk Beli Keperluan Keluarga dan Diri

Kadang-kadang punca anda melibatkan diri dengan hutang kad kredit adalah disebabkan berhutang ketika membeli sesuatu keperluan yang berharga mahal contohnya pembelian mesin basuh bagi menggantikan mesin basuh yang rosak. Jadi anda mula menggunakan kad kredit untuk pembelian tersebut dan akhirnya terjebak dengan kadar interest yang tinggi dan tak habis-habis selagi tak diselesaikan sepenuhnya.

Apa kata anda, kumpul modal daripada side income selama 2-3 bulan dan beli keperluan anda tersebut sekaligus secara tunai. Ini lebih baik dan anda pasti puas hati hasil titik peluh anda.


Idea Kerja Sambilan

Berikut adalah cadangan kerja part time jika anda tidak ada idea atau belum menemui kekuatan dan kelebihan diri anda lagi. Tak ada salah mencuba kan?

1) Penulis Bebas (Freelance Writer)

Penulis bebas atau penulis freelance ini kadang-kadang dikenali sebagai ghostwriter. Anda boleh menulis dan mendapat upah RM50-200 untuk setiap artikel. Ini bergantung kualiti penulisan anda.

Ada yang menulis copywriting, menulis artikel blog dan landing page, menulis e-book, taip assignment, menulis profile syarikat dan sales letter.

2) Pemasaran Atas Talian (Online Marketer)

Jika anda mahir dengan pemasaran online seperti fb ads, google adwords, tiktok ads dan lain-lain. Ini pasti boleh menjana pendapatan kepada anda.

3) Online Assistant (Pembantu Peribadi Atas Talian)

Jika anda mahir buat kerja-kerja pentadbiran dan tugas pejabat dengan hanya berada di depan laptop komputer, kerja ini sesuai dengan anda.

Tugas utama anda adalah mengurus jadual kalendar google, membalas emel, menjawab panggilan telefon, update media sosial dan hantar laporan harian/mingguan/bulanan.

4) Pereka Grafik (graphic Designer)

Jika anda ada kemahiran menggunakan canva, anda boleh membuat part time graphic designer. Ramai yang mencari pereka grafik yang mahir dan kreatif terutama dalam membuat poster, brochure, banner dan ada juga ingin membuat banner untuk fb ads.

5) Pereka Animasi (Animator Designer)

Tugas ini juga boleh menjana pendapatan. Satu video animasi di caj 30 saat RM150, 1 minit RM250, 2 minit RM300 hinggalah RM450 untuk 5 minit. Jika anda mahir menggunakan Powtoon, anda boleh buat part time menggunakan kreativiti dan idea storyboard perjalanan video anda.

6) Tutor Atas Talian (Online Tutor)

Ramai dah buat part time tutor online dan offline. Jika anda mahir subjek sekolah rendah, SPM, bahasa mandarin, bahasa Arab, tulisan jawi dan kemahiran spesifik yang lain, anda boleh tawarkan secara pakej individu, berkumpulan dan webinar.

7) Perniagaan Makanan

Jika memasak adalah kemahiran anda, kenapa tak cuba? Anda boleh daftar dengan Grabfood atau FoodPanda untuk mulakan kedai anda dari rumah. Anda jadi vendor kepada food rider ini dan jana income berterusan tanpa perlu buka restoran atau tapak perniagaan diluar sana.

8) Dropship

Perniagaan ini agak popular juga. Tanpa perlu menyimpan stok, anda cuma perlu membuat pengiklanan dan menjawab soalan daripada pembeli sahaja. Ianya mudah tapi memerlukan kemahiran komunikasi dan pengiklanan online yang baik.

9) Penterjemah (Translator)

Kemahiran ini sesuai jika anda mahir dalam bahasa inggeris atau bahasa asing seperti bahasa arab dan bahasa mandarin. Boleh melibatkan kerja terjemahan artikel hinggalah satu dokumen text.

10) Pengaturcara komputer (Programmer)

Anda boleh jadi pengaturcara komputer atau programmer yang membangunkan sistem atau aplikasi kepada pelanggan. Kerja ini boleh melibatkan kerja yang mudah sehinggalah kontrak kerja sehingga 6 bulan hingga 3 tahun untuk sistem yang lebih besar. Banyak syarikat pembangun mencari pengaturcara komputer bebas kerana mereka tidak perlu membayar gaji pekerja tetap dan macam-macam insentif pekerja tetap.




Kesimpulan

Mendapatkan wang tambahan melalui side income dan part time sangat membantu kewangan anda. Kadang-kadang inilah solusi jika anda tidak mahu mengurangkan gaya hidup atau perbelanjaan anda. Anda lebih tahu apa yang anda hendak dalam kehidupan anda.

Mungkin anda tak pernah buat part time seumur hidup anda, tapi demi keperluan keluarga, anda terpaksa mulakan sekarang. Why not? Mana tahu, anda suka dan boleh jadikan ia kerja tetap baharu anda pula kan?


Jika anda berminat untuk merancang kewangan anda dengan lebih baik dan teratur, boleh dapatkan sesi Google Meet PERCUMA 30 minit, dengan mendaftar borang di bawah:


Lawati Facebook Page Kami = https://www.facebook.com/financialplannermalaysia

Lawati Youtube Channel Kami = https://www.youtube.com/@financialplannermalaysia


Catat Ulasan

0 Ulasan