Kategori Jenis Pelaburan di Malaysia
Financial Doctor anda...Investment Portfolio-Takaful-Wasiat Hibah-Tax-Debt Restructure-Retirement Planning-Hajj Planning

Kategori Jenis Pelaburan di Malaysia

Kategori Jenis Pelaburan di Malaysia

kategori jenis pelaburan di Malaysia
kategori jenis pelaburan di Malaysia

Pasti ramai yang mencari maklumat tentang pelaburan. Ya lah kan, siapa yang tak nak gandakan wang sedia ada ke tahap maksimum. Namun banyak faktor perlu diambil kira sebelum mula melabur, terutamanya kepada pelabur beginner.

Terdapat 2 strategi pelaburan iaitu:

jenis pelaburan
jenis pelaburan

1) Strategi Capital Gain

Mengikut strategi ini, konsepnya anda melabur pada nilai tertentu dan apabila berlaku peningkatan harga, anda jual untuk mendapatkan keuntungan atas beza harga beli. Asasnya beli ketika murah, jual ketika mahal.

Mudah faham contoh di bawah:

Beli saham RM1 sebanyak 1000 unit -  1 Januari
Harga saham naik RM1.35 - 1 Mac
Jual segera, keuntungan (RM1.35-RM1 ) X 1000 unit =RM350
* maka untung RM350 selama 2 bulan melabur

Terkini ada Robo Advisor untuk bantu pelaburan menggunakan teknologi AI.

2) Strategi Dividen, Bonus dan Sewaan

Mengikut strategi ini, anda melabur untuk suatu tempoh tertentu untuk mendapatkan sama ada sewaan, dividen atau bonus. Jadi faktor masa akan memainkan peranan di sini. Tapi ini membolehkan kita mendapat satu bentuk keuntungan yang konsisten.


Apakah Perkara Perlu Tahu Sebelum Mula Melabur?


Sediakan tabung kecemasan terlebih dahulu


tabung kecemasan financial planner
tabung kecemasan 

Setiap orang perlukan tabung kecemasan. Sebagai seorang yang mempunyai komitmen dan keperluan kewangan, tabung kecemasan sangat kritikal dan perlu menjadi perhatian pertama sebelum mula melabur. Perlu diingat juga, tabung kecemasan tidak boleh digunakan untuk sebarang aktiviti pelaburan ya!

Pastikan cashflow bulanan ada lebihan

cash flow positive financial planner
cash flow positive

Ini syarat nombor satu ya. Jika cashflow anda cukup-cukup bayar komitment loan dan belanja sahaja, lupakan niat untuk melabur. Sebab apa? Pelaburan ada risiko, dan apabila rugi, boleh mengakibatkan anda bermasalah dalam perbelanjaan nanti.

Memahami risiko pelaburan

fahami risiko pelaburan financial planner
fahami risiko pelaburan 

Setiap pelaburan mempunyai risiko yang tersendiri. Bak kata orang tua-tua, lain padang, lain belalang. Ada yang berisiko rendah dan ada yang berisiko tinggi. Anda perlu fahami selok belok sebelum mula melabur. High risk, high return.

 

JENIS-JENIS PELABURAN DI MALAYSIA

berikut adalah pelaburan-pelaburan yang biasa di Malaysia. Anda boleh lihat perbezaan setiap pelaburan untuk anda pilih.

1) Pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) 

pelaburan asb
pelaburan asb

Pelaburan ini adalah pelaburan jenis risiko rendah (low risk). Pelaburan ini sangat sesuai untuk orang yang tidak bersedia ambil risiko dan tak kisah jika hanya dapat keuntungan sedikit 4% – 7%. Jika anda mempunyai tempoh yang panjang, pelaburan ini adalah digalakkan.

Kelebihan pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB)

- Risiko rendah
- Mudah dicairkan
- Harga tetap RM1 se unit
- Maksimum pelaburan RM300K per individu
- Dividen baik setiap tahun
- Ada kemudahan asb loan di bank-bank tempatan

Kelemahan pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB)

- Kadar dividen menurun setiap tahun, walaupun masih baik
- Tidak dapat kadar dividen tinggi kerana risikonya rendah


2) Pelaburan Unit Trust atau Unit Amanah

pelaburan unit trust
pelaburan unit trust

Pelaburan ini agak selamat dan bersifat jangka sederhana dan jangka panjang. Biasanya pelaburan unit trust digunakan untuk perancangan 5 tahun dan ke atas. Anda perlukan ejen yang boleh monitor performance unit trust anda dalam tempoh tersebut.

Kelebihan pelaburan unit trust atau unit amanah

- berisiko rendah
- memerlukan modal yang rendah
- diuruskan oleh pengurus dana professional
- dikawalselia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC Malaysia)

Kelemahan pelaburan unit trust atau unit amanah

- anda perlu monitor prestesi unit trust anda. Tidak boleh dibiarkan begitu sahaja jika ingin memaksimumkan keuntungan.
- anda perlu mempunyai pengetahuan teknikal tentang analisis unit trust sebelum memilih dana untuk melabur. 


3) Pelaburan Emas

pelaburan emas
pelaburan emas

Pelaburan emas juga adalah pelaburan yang selamat dan bersifat jangka sederhana dan jangka panjang. Pelabur biasanya akan membeli emas apabila harga turun dan menjualnya ketika harga tinggi. Penting untuk sentiasa monitor trend dan harga emas terkini. 

Kelebihan pelaburan emas

- Pelaburan yang berisiko rendah
- Memerlukan anda mempunyai kemahiran teknikal dalam memilih harga belian dan timing harga jualan
- Boleh diuruskan secara online melalui aplikasi dan web portal online


Kelemahan pelaburan emas

- Jika emas fizikal, risiko boleh berlaku kecurian dan kehilangan
- Harga boleh naik dan turun mendadak
- Keuntungan yang tidak terlalu tnggi kerana risiko juga sederhana 


4) Pelaburan Trading Saham

pelaburan trading saham
pelaburan trading saham

Pelaburan saham adalah pelaburan berisiko tinggi. Anda tidak boleh mencuba tanpa ilmu yang mencukupi. Anda perlu boleh memahami analisis asas (fundamental) dan analisis teknikal (technical). Kebolehan membaca pelbagai carta dan formula boleh menentukan potensi kejayaan trading anda.

Kelebihan pelaburan trading saham

- Mudah trading secara online melalui akaun CDS
- Mudah dicairkan dan duit boleh dapat dalam hari yang sama
- Tidak terhad kepada saham tempatan, anda boleh trading saham luar negara

Kelemahan pelaburan trading saham

- Tidak sesuai jika anda seorang yang sibuk dan tidak boleh monitor saham anda
- Memerlukan kemahiran yang tinggi untuk melabur
- Risiko tinggi kerana saham bersifat volatile

 5) Pelaburan Fixed Deposit atau Simpanan Tetap

pelaburan fixed deposit
pelaburan fixed deposit

Pelaburan ini adalah pelaburan yang berisiko rendah tapi bersifat jangka panjang. Dividen adalah sekitar 2%-4% jika memeuhi tempoh simpanan yang ditetapkan. Biasanya 1 tahun.

Kelebihan pelaburan Fixed Deposit atau Simpanan Tetap

- pelaburan berisiko rendah
-  boleh digunakan untuk cagaran pinjaman bank
- dilindungi PDM sehingga nilai RM250K

Kelemahan pelaburan Fixed Deposit atau Simpanan Tetap


- pulangan rendah walaupun stabil
- perlu tunggu tempoh matang untuk dapatkan dividen 


6) Pelaburan Hartanah

pelaburan hartanah
pelaburan hartanah

Pelaburan ini adalah pelaburan yang berisiko tinggi dan melibatkan kos yang tinggi (biasanya melalui pinjaman perumahan yang bernilai ratusan ribu). Pelabur hartanah perlu mempunyai modal permulaan yang besar dan juga holding power yang tinggi. Ini bukanlah pelaburan yang sesuai untuk semua orang. Jangan ikut-ikut orang lain. Jika anda tak pasti, dapatkan khidmat nasihat Financial Planner untuk menganalisis keputusan dan rancangan ke arah pelaburan hartanah tersebut.

Kelebihan pelaburan hartanah

- Boleh membuat keuntungan dalam pelbagai car seperti sewa, homestay, airbnb, sublet, flipping sub sale dan refinance.

- Melibatkan keuntungan dalam jumlah yang besar akibat kenaikan harga hartanah semasa

Kelemahan pelaburan hartanah

- Memerlukan modal yang besar, deposit 10% sahaja boleh melibatkan kos sehingga RM50K dan belum masuk kos lawyer dan penilai hartanah

- Aset yang lambat cair kerana proses jual beli kompleks dan melibatkan banyak pihak daripada bank, lawyer, majlis daerah, pejabat tanah dan lhdn.

- Risiko jika tidak mendapat penyewa, kadar sewa rendah, dan kerosakan akibat daripada penyewa.


7) Pelaburan Cryptocurrency atau Mata Wang Kripto

pelaburan cryptocurrency mata wang kripto
pelaburan cryptocurrency mata wang kripto

Pelaburan ini juga adalah pelaburan yang berisiko tinggi. Anda perlu mempunyai kemahiran analisis teknikal yang baik. Tersilap langkah mampu menjadikan anda kerugian pada skala yang besar. Anda juga berpotensi untuk untung besar.

Kelebihan pelaburan cryptocurrency atau mata wang kripto

- Mudah dicairkan
- Mudah dilabur malalui aplikasi handphone.
- Tidak dikawal oleh mana-mana pihak berkuasa bank negara
- Berpotensi keuntungan yang sangat tinggi

Kelemahan pelaburan cryptocurrency atau mata wang kripto

- Volatile (sangat mudah naik dan mudah turun mendadak) bergantung pasaran dan permintaan cryptocurrency.
- Mempunyai risiko ke godam (jenis mata wang kripto yang kurang popular)
- Berpotensi kerugian yang sangat tinggi

Pelaburan cryptocurrency memerlukan anda mempunyai pengetahuan yang mendalam sebelum anda mula.

8) Pelaburan FCPO (Future Crude Palm Oil)

pelaburan fcpo
pelaburan fcpo

Pelaburan FCPO atau kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah dalam denominasi Ringgit Malaysia (“MYR”) yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives. Pelaburan ini tidak sama seperti pelaburan saham. Anda tidak boleh menggunakan akaun CDS untuk melabur FCPO. Anda memerlukan akaun futures untuk berdagang FCPO. Pelaburan ini juga dikategorikan sebagai pelaburan berisiko tinggi. Ini kerana dalam masa yang singkat anda boleh untung besar dan juga sebaliknya. Kemahiran analisis teknikal anda perlu baik untuk melabur dalam pelaburan FCPO.

 Kelebihan pelaburan FCPO (Future Crude Palm Oil)


- Mudah dilabur malalui aplikasi handphone
- Berpotensi keuntungan yang sangat tinggi

 Kelemahan pelaburan FCPO (Future Crude Palm Oil)

- Volatile (sangat mudah naik dan mudah turun)
- Berisiko tinggi
- Memerlukan kemahiran teknikal yang baik
- Memerlukan modal yang besar sehingga RM11K satu lot futures



Jika anda berminat survey-survey sama ada anda perlu atau tidak terdapat khidmat financial planner, anda boleh dapatkan sesi PERCUMA 30 minit google meet dengan financial planner dan sembang-sembang tentang situasi kewangan dan pelaburan pilihan anda.

Slot adalah terhad, pastikan anda isi segera form di bawah:



Lawati Facebook Page Kami = https://www.facebook.com/financialplannermalaysia

Lawati Youtube Channel Kami = https://www.youtube.com/@financialplannermalaysia


Catat Ulasan

0 Ulasan