5 Kategori Pelaburan Hartanah
ketegori jenis pelaburan hartanah |
Pelaburan hartanah adalah pelaburan yang besar. Biasanya melibatkan nilaian hingga ratusan ribu ringgit.
Adalah sangat penting anda mengetahui kategori pelaburan hartanah yang ada, sebelum anda membuat pemilihan pelaburan hartanah anda. Cuba fahami selok belok kategori dan jenis hartanah ini sebaiknya.
Sebelum itu, mari lihat bagaimana seseorang itu membuat keuntungan daripada pelaburan hartanah.
Keuntungan Pelaburan Hartanah
pelaburan sewa hartanah |
1) Teknik Sewa
Anda boleh menyewakan hartanah anda untuk mendapatkan keuntungan. Namun untuk menentukan sama ada untung atau tidak, anda perlu mendapatkan maklumat tentang bayaran pinjaman anda, kos terlibat seperti cukai pintu, kos penyelenggaraan dan sebagainya.
Gunakan formula:
Pendapatan Sewa Bersih = Jumlah Sewa - Kos Hartanah
* jumlah sewa = sewa yang dikenakan kepada penyewa
* kos hartanah = bayaran bulanan yang dikenakan oleh pihak bank + kos bulanan penyelenggaraan jika ada + kos bulanan cukai pintu + kos penyediaan surat perjanjian + kos upah ejen hartanah jika ada + kos-kos lain berkaitan hartanah yang ditanggung pemilik hartanah
Anda boleh mendapatkan maklumat tentang jangkaan bayaran bulanan yang dikenakan oleh pihak bank, melalui banker. Anggaran tentang bulanan ini akan didapati setelah melihat jumlah kelayakan dan tempoh pinjaman berdasarkan umur peminjam.
2) Teknik Homestay dan Airbnb
pelaburan homestay airbnb |
Anda boleh menyewakan hartanah anda dalam jangka masa yang pendek melalui homestay atau airbnb. Ia mirip sewaan hotel namun melibatkan hartanah persendirian.
Jika kena dengan strategi, kemungkinan keuntungan adalah besar bergantung kepada sambutan penyewa. Ini sangat bergantung kepada lokasi dan rating anda dalam airbnb. Kualiti servis anda dinilai dan dirating oleh penyewa menjadikan hartanah anda laku atau tidak.
1) Teknik Flipping atau Jual Kembali Hartanah
Anda boleh membuat keuntungan daripada aktiviti menjual hartanah (jualan subsale), namun ada beberapa perkara yang menjadi asas kepada teknik ini:- kuasa bertahan ataupun holding power.
= berapa lama anda mampu membayar kos hartanah sebelum hartanah itu mampu dijual
- masa untuk menjaga hartanah
= hartanah perlu dijaga dengan baik. Anda perlu meluangkan masa untuk kekemasan dan penjagaan sebelum dijual kepada pembeli.
- kebolehan mencari pembeli yang mampu
= kadangkala bukan faktor hartanah yang menjadi masalah tetapi faktor pembeli. Jika tiada pembeli yang mempunyai kemampuan membeli juga adalah faktor yang perlu diambilkira kerana akan memanjangkan tempoh holding power anda. Seterusnya meningkatkan kos kepada diri anda untuk menanggung hartanah tersebut.
Faktor yang menaikkan permintaan hartanah subsale ialah:
- Perbandaran matang dengan kemudahan awam lengkap tersedia yang memberikan keyakinan terhadap lokasi tersebut berbanding ketika ia dalam pembinaan. Faktor ini memberi impak kepada bakal pembeli yang berkeluarga ataupun yang ingin menetap lama.
- Kadar penghunian yang tinggi atau kepadatan penduduk membawa kepada keyakinan pengguna terhadap kawasan tersebut
- Lokasi yang strategik kepada laluan highway utama atau kawasan strategik berhampiran
- Pemilikan dan pindah masuk dengan segera
- Potensi pulangan sewa
- Pengurusan hartanah yang baik. (Ramai pembeli masih memilih hartanah subsale kerana mereka tahu dengan tepat apa yang mereka beli dan ia boleh dilihat berbanding dengan hartanah yang sedang dibina.
Kategori Hartanah Untuk Pelaburan:
1) Pelaburan Hartanah Kediaman
Pelaburan kediaman adalah pelaburan ke atas hartanah hakmilik kediaman seperti rumah teres, banglo, pangsapuri dan kondominium.
Terdapat juga yang berjenis SoHo (Small Office Home Office). Hartanah jenis ini mungkin berstatus komersial tetapi dianggap sebagai hak milik kediaman kerana dilindungi di bawah HDA.
Tujuannya hartanah jenis begini adalah untuk memberi peluang kepada pelabur dan pembeli mendapat harga permulaan lebih rendah dan memperolehi margin pinjaman lebih tinggi (margin pembiayaan sehingga 90%) berbanding dengan pilihan pelaburan hartanah komersial jenis lain.
Namun, pelaburan hartanah jenis ini sangat mementingkan faktor lokasi. Jika hartanah ini tidak mendapat permintaan yang tinggi, maka bakal pelabur akan mangalami masalah kewangan.
2) Amanah Pelaburan Hartanah (REIT)
Pelaburan REIT mendapat tempat dikalangan pelabur ketika ini. Ini kerana faktor permintaan terhadap lokasi sewaan di lokasi yang panas (hot area).
Pelaburan REIT bermaksud anda melabur secara membeli saham syarikat pemilik hartanah yang mengagihkan pendapatannya sebagai dividen. Malah, anda boleh pilih industri yang anda minat, contohnya jika anda ingin memiliki kompleks membeli belah, anda boleh melabur di REIT shopping complex.
Namun kelemahannya adalah, anda tak memiliki harta tersebut, anda tiada kuasa membuat sebarang keputusan tentang pengurusan atau pengendalian hartanah itu.
REIT juga sukar mendapatkan pembiayaan atau pinjaman bank kerana ia dilihat sebagai pelaburan saham biasa.
3) Pelaburan Hartanah Komersil
Satu kelebihan hartanah komersil adalah ia terikat dengan tempoh panjang penyewaan. Ini boleh meningkatkan aliran tunai yang lebih besar dan stabil walaupun kadar sewa pasaran turun.
Apabila melabur dalam hartanah komersial, faktor yang perlu dipertimbangkan adalah modal pendahuluan yang lebih tinggi. Juga kadar pinjaman yang sangat berbeza dengan hartanah kediaman, selalunya margin pembiayaan hartanah komersil adalah lebih rendah iaitu pada kadar 70% – 80% sahaja.
4) Pelaburan Hartanah Runcit
Pelaburan hartanah runcit ini biasanya terletak di dalam pusat membeli-belah dan pusat perniagaan. Sewaan lot ini akan memberikan pulangan yang stabil kerana tempoh perjanjian sewaan yang lama.
5) Pelaburan Hartanah Industri
Pelaburan hartanah jenis industri adalah pelaburan berbentuk gudang perindustrian kepada syarikat untuk dijadikan pusat pengedaran di bawah perjanjian jangka panjang. Ini sangat menguntungkan kerana aliran tunai yang berpanjangan atas sewaan bertempoh tersebut.
Walaupun begitu, pelaburan hartanah industri memerlukan bantuan profesional khusus untuk mengekal dan menguruskannya, serta modal pelaburan yang lebih besar.
Pelaburan hartanah industri dianggap lebih berisiko tinggi berbanding dengan pelaburan hartanah kediaman dan komersial.
Secara ringkasnya, kelima-lima kategori pelaburan hartanah ini mempunyai potensi keuntungan namun ia juga melibatkan risiko yang berbeza. Jadi anda perlu tahu risk profile anda sebelum membuat keputusan. Ada yang terlalu bergantung kepada tawaran mark up atau rebat tunai. Jika tersilap langkah, anda mungkin akan mengalami masalah kewangan. Pastikan anda mendapat pendapat pakar sebelum membuat keputusan contohnya khidmat nasihat daripada Financial Planner.
Jika
anda berminat survey-survey sama ada anda perlu atau tidak terdapat
khidmat financial planner, anda boleh dapatkan sesi PERCUMA 30 minit
google meet dengan financial planner dan sembang-sembang tentang
situasi kewangan dan pelaburan hartanah anda.
Slot adalah terhad, pastikan anda isi segera form di bawah:
Lawati Facebook Page Kami = https://www.facebook.com/financialplannermalaysia
Lawati Youtube Channel Kami = https://www.youtube.com/@financialplannermalaysia
0 Ulasan