Cara Mengurus Tekanan Stress Akibat Masalah Kewangan
cara urus stress akibat masalah kewangan |
Ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) 2020 hingga 2021 yang lalu, menyebabkan hampir kesemua aktiviti ekonomi terganggu. Para majikan terpaksa mengambil langkah drastik untuk bertahan selama dua tahun pkp tersebut, termasuk memotong gaji, menghentikan elaun dan ada yang lebih drastik termasuk menghentikan pekerja mereka untuk mengurangkan kos.
Pengurangan gaji dan pemberhentian pekerjaan ini memberi impak terus kepada setiap individu dan keluarga yang mempunyai komitmen loan bank seperti pinjaman perumahan, personal loan, pinjaman kad kredit dan pinjaman kereta.
Masalah Kewangan dan Kesihatan Mental
Masalah Kewangan dan Kesihatan Mental |
Ada kajian yang dijalankan untuk kesan kesihatan mental semasa pkp terhadap penduduk Malaysia. Kajian menunjukkan peningkatan tekanan dan kesan negatif tersebut <sini>. Ramai yang terjejas akibat kesan pkp ini.
Kenapa Masalah Kesihatan Mental Perlu Diuruskan?
Masalah kewangan yang dialami semasa musim pkp membawa kepada masalah kesihatan mental. Jika berterusan, maka situasi akan semakin teruk dan akan mula menjejaskan hubungan keluarga dan sebagainya. Ini membawa pula kepada masalah kesihatan mental yang lebih buruk. Adalah penting untuk setiap perkara ini diuruskan dengan baik kerana masalah kewangan boleh membawa kepada masalah-masalah lain yang berkaitan.
Cara Mengurus Masalah Kesihatan Mental dan Kewangan
Terdapat beberapa langkah untuk mengurus masalah kesihatan mental dan kewangan yang boleh diikuti.
1) Mula Beri Perhatian Kepada Tabiat Perbelanjaan
Mula Beri Perhatian Kepada Tabiat Perbelanjaan |
Jika sebelum ini kita mempunyai kewangan stabil dan berbelanja mengikut kemampuan, tapi kali ini anda perlu lebih memberi perhatian kepada tabiat perbelanjaan yang kurang penting. Anda perlu memahami keperluan dan kehendak. Dengan mengasingkan perbelanjaan kepada kategori keperluan dan kehendak, maka anda boleh mula membuat pengurangan atau penjimatan dalam perbelanjaan bulanan anda.
2) Dapatkan Kaunseling Percuma Berkaitan Tekanan Anda
Dapatkan Kaunseling Percuma Berkaitan Tekanan Anda |
Mungkin masalah kewangan tidak diselesaikan sekelip mata, namun tekanan yang anda hadapi tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Jika anda cuba luahkan kepada bukan professional, dikhuatiri masalah tersebut tidak didengari dan tidak dapat dikongsi. Ini menyebabkan kesan lebih buruk contohnya perbalahan dan salah faham. Anda dicadangkan untuk menghubungi talian Befrienders di talian +603-79568145. Untuk rakyat Malaysia, terdapat NGO yang berurusan 24 jam sehari dan sehingga 7 hari seminggu untuk membantu anda menguruskan tekanan emosi anda secara percuma <lawati website Befrienders>.
3) Dapatkan Bantuan Khidmat Nasihat Kewangan
Terdapat dua pilihan untuk anda menangani masalah kewangan anda:
a) AKPK
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit |
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit ataupun AKPK adalah agensi ditubuhkan Bank Negara Malaysia untuk menyelesaikan masalah kewangan individu. Namun mereka perlu mengikuti modul yang ditetapkan dan mereka tidak lagi boleh membuat urusan kewangan atau pinjaman baharu. Tidak boleh lagi apply credit card, loan kereta, loan rumah baharu.
b) Financial Planner
Ini adalah khidmat berbayar untuk bantuan professional. Anda mungkin tidak mahu berada dalam program AKPK sehingga bertahun lamanya, jadi Financial Planner adalah pilihan selain AKPK.
financial planner |
Persamaan kedua-dua servis ini?
komitmen dan ubah tabiat kewangan |
Kedua-duanya memerlukan komitmen anda dan anda perlu mengubah tabiat kewangan anda semasa dalam program mereka. Mereka bukan penyelesai masalah kewangan anda sahaja tetapi menyelesaikan juga tabiat kewangan yang tidak baik.
Kesimpulan Mengurus Stress Akibat Masalah Kewangan
Mengurus Stress Akibat Masalah Kewangan |
Jangan biarkan masalah kewangan membawa kepada kehancuran diri dan keluarga. Tekanan emosi akibat kewangan nampak mudah tapi sebenarnya sangat tinggi dan merunsingkan. Dapatkan bantuan.
- Bantuan Emosi
- Bantuan Khidmat Nasihat Kewangan
Kedua-dua perkara ini bukan kepakaran kita walaupun kita rasa kita boleh selesaikan kedua-duanya dengan mudah. Ramai sangka begitu namun gagal. Jangan malu untuk dapatkan bantuan. Yang penting anda dapat kembali bernafas seperti normal dan situasi yang getir ini.
Anda nak tahu sama ada Financial Planner boleh bantu anda?
Jika anda berminat merancang kewangan anda dengan lebih teratur bersama Financial Planner, boleh dapatkan sesi Google Meet PERCUMA 30 minit, dengan mengisi borang di bawah:
Lawati Facebook Page Kami = https://www.facebook.com/financialplannermalaysia
Lawati Youtube Channel Kami = https://www.youtube.com/@financialplannermalaysia
0 Ulasan