Financial Planner Malaysia
financial planner malaysia |
Siapakah Financial Planner Malaysia?
financial planner beri konsultasi |
Financial Planner di Malaysia adalah mereka yang dibenarkan untuk memberi nasihat kewangan kepada pelanggan setelah membuat analisis dan penilaian terhadap keperluan pelanggannya. Ini termasuk perkara-perkara yang tertulis di dalam rancangan kewangan atau financial planning yang disediakan oleh Financial Planner.
Seorang Financial Planner atau Perancang Kewangan adalah seorang yang membantu pelanggan mengurus kewangan dan mencapai objektif kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.
Seorang Financial Planner Malaysia memerlukan pengetahuan mendalam tentang kewangan peribadi, cukai, bajet, perlindungan takaful dan pelaburan. Ada antara mereka yang pakar dalam pengurusan cukai, pelaburan pelbagai portfolio, pengurusan risiko, pengurusan persaraan dan pengurusan pusaka.
Pelanggan untuk Financial Planner bermula dari professional muda hinggalah kepada pesara. Bukan orang kaya sahaja yang memerlukan khidmat nasihat kewangan daripada Financial Planner. Ini kerana jika mereka layak untuk membeli rumah atau kereta atau aset bernilai ratusan ribu riggit, maka mereka pasti perlu untuk merancang kewangan dengan teliti. Namun, ketika ini ramai yang belum ada kesedaran dan masih lagi membuat keputusan terutamanya mengenai pelaburan tanpa perancangan betul. Begitu juga tentang pelan persaraan dan pelan pendidikan anak, hampir jarang orang merancang mengenainya walaupun tahu bahawa setiap hari umur kita akan bergerak menghampiri umur persaraan dan pendidiakn anak juga semkin tinggi kos saban tahun.
Ada berapa Financial Planner Malaysia?
financial planner malaysia |
Financial planner akan bernaung di bawah syarikat advisory yang diluluskan Bank Negara Malaysia (BNM). Jadi jumlah financial planner mungkin dalam 1000 orang atau lebih di seluruh Malaysia, namun untuk Syarikat Advisory di Malaysia ada lebih kurang 42 syarikat. Syarikat ini dibenarkan untuk memberi advise atau nasihat berkaitan kewangan kepada pelanggan. Rujuk senarai syarikat advisory yang berdaftar BNM= https://www.bnm.gov.my/-/approved-financial-advisers
Soalan mana satu lebih baik tidak timbul kerana servis financial planner Malaysia mempunyai standard dan teratur. Pastinya, mana-mana financial planner Malaysia pilihan anda boleh memberikan servis yang berkualiti. Tahukah anda, terdapat 2 jenis financial planner Malaysia? Satu ialah Certified Financial Planner (CFP) dan satu lagi Islamic Financial Planner (IFP). Bezanya pada financial planner IFP yang hanya mengkhususkan kepada solution berasaskan patuh shariah sahaja. Daripada pelaburan, percukaian, urusan pusaka dan perlindungan takaful hanya pilihan islamik sahaja.
Situasi Financial Planner Malaysia Ketika Ini?
tiada simpanan |
1) Ketika ini, masih ramai rakyat Malaysia yang masih belum memiliki tabungan walaupun RM1000. Rujuk berita <SINI>. Financial planner Malaysia cuba untuk memberi kesedaran bahawa kesedaran kewangan (financial awareness) untuk memiliki tabung kecemasan sangat penting untuk setiap individu mahupun setiap keluarga.
pelaburan scam |
2) Rakyat Malaysia mudah terpedaya dengan pelaburan yang untung besar tanpa melihat risk profile diri masing-masing. Ada yang tersontot hingga ratus juta ringgit <SINI>. Financial planner Malaysia nak beritahu bahawa pelaburan mesti mempunyai target amaun ingin dicapai dan tempoh untuk dicapai. Perkara berikutnya adalah risk tolerence untuk capai. Jika pelaburan anda dengan niat mudah contohnya, supaya duit berkembang semaksimumnya, menjadikan anda tamak dan tanpa objektif kewangan yang jelas. Banyak kes berlaku kerana literasi pelaburan masih rendah.
perlindungan tak mencukupi |
3) Rakyat Malaysia (85%) tidak memilik perlindugan takaful yang secukupnya <SINI>. Financial Planner Malaysia nak berikan analogi mudah. Rumah adalah pelaburan, manakala Grill rumah adalah perlindungan takaful. Kedua-duanya mesti sama seiring. Bandingkan dengan kehidupan anda. Adakah anda menghuni rumah sehingga 5 tahun, baru nak pasang grill rumah? Anda pasti tahu jawapannya. Hidup rasa tak aman selagi tiada grill dipasang kan? Financial planner Malaysia nak beritahu perlindungan bukan murah tapi pemilihan pelan yang sesuai bajet pasti lebih baik daripada membayar sesuatu perlindungan yang anda tak mampu tapi diberitahu bahawa perlindungan ini baik.
Pusaka Tak Diurus Dengan Baik |
4) Harta pusaka tak dituntut di Amanah Raya, Mahkamah Tinggi dan Pejabat Pusaka Kecil mencecah RM90B <SINI>. Walaupun ramai anggap perancangan pusaka adalah perkara terakhir, sebenarnya kepentingan perancangan pusaka sangat utama terutama jika anda telah memiliki aset yang banyak dan waris. Pengetahuan tentang financial planning terutamanya perancangan pusaka penting kerana ianya tiada kos bulanan dan hanya sekali buat sahaja. Sangat rugi jika tiada langsung perancangan kan?
beban hutang kad kredit |
5) Ramai generasi muda terjerat dengan beban kad kredit <SINI>. Literasi kewangan atau financial literacy, sangat penting terutaman jika anda mula memohon kad kredit atas sebab-sebab tertentu. Kemudahan kad kredit adalah bagus, tapi anda akan dapati apabila cash flow anda tidak baik, anda mudah terjebak dengan kitaran hutang kad kredit yang tinggi dan mula membayar jumlah minimum setiap bulan. Financial planner Malaysia nak maklumkan bahawa kad kredit baik, tapi kawal cash flow anda dengan baik untuk elakkan masalah kad kredit.
Begitulah perlunya Financial Planner Malaysia. Tempat untuk anda merujuk isu-isu pinjaman atau pelaburan dan minta pendapat tentang perancangan kewangan anda. Anda mungkin perlu tahu sama ada niat anda untuk melabur beli tanah atau rumah itu betul kan? Kadang-kadang anda cuma lihat kemampuan gaji anda cukup untuk bayar bayaran bulanan, namun siapa nak bantu anda buat kira-kira jangka panjang? Persoalan inilah membuatkan ramai bertindak tanpa pandangan kewangan yang holistik. Dan kesannya hanya nampak dalam jangka panjang.
Nota Penting tentang Financial Planner Malaysia
financial planner Malaysia |
- Financial Planner adalah professional yang berkerja bersama individu, pasangan atau keluarga untuk membantu mereka mengurus perancangan kewangan semasa untuk objektif kewangan tertentu dengan lebih efektif.
- Financial Planner Malaysia memegang kelayakan CFP (Certified Financial Planner) ataupun IFP (Islamic Financial Planner).
- Financial planning membantu bajet, pelaburan, simpanan, pelan persaraan, pelan cukai, perlindungan takaful dan banyak lagi
Apakah Financial Planning atau Perancangan Kewangan atau Pelan Kewangan?
financial planner documents |
Financial Planning atau kadang-kadang dikenali sebagai pelan kewangan atau perancangan kewangan ialah sebuah dokumen yang melibatkan penilaian keadaan kewangan semasa seseorang (cash flow analysis), objektif kewangan masa depan mereka, dan kaedah berstruktur untuk mencapai objektif kewangan tersebut.
Sebuah financial planning atau rancangan kewangan biasanya fokus pada objektif kewangan yang spesifik seperti perancangan persaraan, perancangan pendidikan anak, pelan pelaburan, perancangan pusaka, penyatuan hutang, cukai dan banyak lagi.
Terdapat 3 jenis Financial Planning | Pelan Kewangan | Perancangan Kewangan:
financial planning short term |
1) Pelan Jangka Pendek
- Financial planning jangka pendek bermaksud suatu perancangan kewangan dalam tempoh satu tahun atau kurang. Biasanya dalam financial planning jangka pendek, akan fokus kepada penyelesaian hutang yang kadar interest tinggi, mewujudkan dana kecemasan ataupun mewujudkan polisi takaful yang kritikal. Semua isu financial ini boleh diselesaikan segera untuk memberi impak segera kepada current financial situation atau kewangan semasa pelanggan.
financial planning medium term |
2) Pelan Jangka Sederhana
- Financial planning jangka sederhana pula adalah satu perancangan kewangan tempoh peralihan antara matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Pelan kewangan atau financial planning jangka sederhana ini biasanya dalama tempoh 1 hingga 5 tahun. Contoh yang mudah untuk pelan kewangan jangka sederhana ialah seperti mengalihkan hutang kad kredit kepada pelan struktur yang baharu untuk mengurangkan kadar interest, seterusnya fokus kepada penyelesaian hutang kad kredit tersebut.
financial planning long term |
3) Pelan Jangka Panjang
- Financial planning jangka panjang biasanya mengambil masa 5 tahun atau lebih. Ini disebabkan nilai kewangan yang besar dan tempoh yang lebih panjang untuk berlaku. Paling kerap terlibat dalam pelan kewangan jangka panjang adalah pelan persaraan, pendidikan anak-anak dan pelan penyelesaian awal gadai janji rumah. Financial planner perlu menganalisis kadar bunga atau interest rate dan melihat kembali pelan pinjaman yang digunakan. Ada perkara-perkara dalam kontrak yang boleh diguna atau menghalang penyelesaian awal. Financial planner Malaysia akan melihat perkara ini secara keseluruhan dan teknikal.
Bagaimana Financial Planner Malaysia bekerja?
Terdapat beberapa steps dalam financial planning yang akan melibatkan pelanggan. Kami ringkaskan untuk pemahaman anda tentang apa tugas dan kerja financial planner Malaysia:
financial planner malaysia - kenali servis |
Pengenalan kepada Financial Planner Malaysia
Pelanggan akan berkenalan dan menceritakan situasi kewangan semasa mereka, apa kerisauan mereka, apa hasrat kewangan mereka dan apa pendapat mereka. Financial planner pula akan menerangkan skop financial planning dan apa yang mereka tawarkan. Jika ada keputusan positif daripada pelanggan dan financial planner Malaysia, maka sesi ini dibawa ke peringkat seterusnya.
financial planner malaysia - tandatangan persetujuan |
Pelanggan Setuju dan Tanda Tangan Letter of Engagement
Pelanggan setuju untuk memulakan servis financial planning ini dengan menandatangani letter of engagement atau surat setuju. Kemudian pelanggan akan membuat bayaran kepada Syarikat Advisory.
Pelanggan akan mula memberikan maklumat, data dan dokumen mengenai kewangan mereka kepada Financial planner Malaysia. Dokumen ini adalah sulit dan Financial planner Malaysia adalah tertakluk kepada kerahsiaan data pelanggan dalam surat letter of engagement.
financial planner malaysia - analisis cash flow |
Analisis Kewangan Melalui Aliran Tunai (Cash Flow) Pelanggan
Kesemua maklumat ketika fasa ini sangat kritikal kerana ia akan menentukan pelan cadangan dan solution yang bersesuaian. Pelanggan tidak boleh menipu atau tidak memberitahu perkara sebenar dalam fasa ini kerana financial planner cuba memahami dan menganalisis kewangan sebenar anda. Analogi mudah, jika anda berjumpa doktor kerana sakit perut tapi anda beritahu anda pening kepala sahaja. Kesannya doktor pasti akan memberikan ubat dan dos yang salah kepada anda. Bayangkan Financial planner diperdaya dengan data dan maklumat tak tepat, sudahnya solution pun tak selesaikan masalah dan akhirnya pelanggan yang rugi kerana membayar servis financial planning mereka.
financial planner malaysia - bentang solusi |
Pembentangan Laporan Financial Planning
Pelanggan akan dibentangkan satu laporan dan step-steps berkaitan solution kewangan seperti hasrat dan situasi kewangan pelanggan. Sudah pasti, solution ini mengambilkira kemampuan kewangan pelanggan. Jadi jangan risau tentang solution kewangan atau financial solution yang pelanggan tak mampu bayar. Financial planner Malaysia dah kira dan takkan ambil mudah perkara ini.
Kadang-kadang, financial planner juga akan memberitahu perkara sebenar tentang hasrat anda. Sama ada ia boleh dilaksanakan segera atau perlu ditunda dalam pelan tindakan seterusnya. Inilah kebenaran yang hanya financial planner boleh tunjukkan dan buktikan berdasarkan data dan fakta kewangan semasa anda. Financial planner tidak berkata tidak, cuma akan beri penyelesaian kewangan atau financial solution dengan tempoh masa dan strategi berbeza.
financial planner malaysia - implementasi solusi |
Impelementasi Solusi Perancangan Kewangan (Financial Planning Solution Implementation)
Tahukah anda, Financial planner Malaysia boleh offer servis daripada semua syarikat takaful dan semua syarikat pelaburan? Mereka bukan ejen single company tetapi melalui lesen syarikat advisory yang membolehkan mereka menawarkan solusi daripada pelbagai syarikat tanpa bias atau berat sebelah.
Sebab itu, harga pelan yang sesuai dengan bajet pelanggan boleh diselesaikan oleh Financial Planner. Mereka boleh quote harga quotation daripada semua syarikat untuk perbandingan harga dan spesifikasi.
Begitu juga dengan pelaburan contohnya unit trust. Dana daripada pelbagai syarikat dan platform dibandingkan untuk disesuaikan dengan cadangan portfolio pelaburan pelanggan.
Kelebihan financial planner Malaysia ini sangat menarik untuk memberikan pelanggan satu solution tanpa berat sebelah kepada mana-mana syarikat dan hanya berat kepada keperluan kewangan dan financial planning yang dikehendaki oleh pelanggan.
Dalam masa 1 tahun, financial planner malaysia akan bekerjasama dengan erat bersama pelanggan untuk implementasi semua solusi financial planning yang telah dibentangkan. Akan ada banyak meeting/mesyuarat bersama pelanggan untuk review KPI yang telah dicapai. Analogi mudah, seperti jika anda ke gym untuk dapatkan coach dengan objektif turun berat sebanyak 30kg. Sudah pasti coach akan bentangkan pelan cadangan melibatkan penukaran pemakanan, nutrisi dan pelan latihan gym bersesuaian dengan latar belakang anda dan tempoh untuk capai objektif 30kg tersebut. Coach akan bersama-sama anda komited untuk capai objektif anda. Jadi ini bukanlah perkara mudah dan akan ambil masa. Sama-samalah komited untuk capai hasrat bersama. Begitulah bagaimana financial planner Malaysia bekerja. Sama-sama komited untuk pelanggan capai hasrat kewangan mereka.
Kesimpulan Financial Planner Malaysia
financial planner malaysia beri khidmat nasihat |
Bukan semua orang memerlukan khidmat Financial Planner Malaysia. Ada yang mempunyai perancangan kewangan yang mudah dilaksanakan, jadi tak perlulah mendapatkan nasihat daripada Financial Planner Malaysia.
Namun, jika anda ada membuat keputusan yang rumit dan kompleks seperti:
- Beli rumah kedua sebagai pelaburan
- Beli tanah sebagai pelaburan
- Melabur hingga puluhan ribu atau ratusan ribu ringgit ke dalam sebarang bentuk pelaburan
- Merancang untuk perlindungan takaful tapi tak sure nak ambil mana satu, medical card, takaful penyakit kritikal, hibah takaful atau takaful kemalangan.
- Sedang cari kaedah terbaik merancang kewangan untuk pelan pendidikan anak
- Sedang cari kaedah terbaik merancang kewangan untuk pelan persaraan
- Sedang cari kaedah terbaik merancang pusaka (wasiat atau hibah) untuk legasi keluarga anda
Jika anda berminat untuk mendapatkan sesi sembang kewangan Google Meet 30 minit PERCUMA, sila isi borang di bawah:
Lawati Facebook Page Kami = https://www.facebook.com/financialplannermalaysia
Lawati Youtube Channel Kami = https://www.youtube.com/@financialplannermalaysia
0 Ulasan