Pelaburan Emas di Malaysia - Teknik Untung dan Betul
Financial Doctor anda...Investment Portfolio-Takaful-Wasiat Hibah-Tax-Debt Restructure-Retirement Planning-Hajj Planning

Pelaburan Emas di Malaysia - Teknik Untung dan Betul


pelaburan emas malaysia




Secara tradisinya, emas adalah suatu aset pelaburan yang berisiko sederhana.Pelaburan emas di Malaysia adalah salah satu cara untuk melabur dalam bentuk fizikal yang popular untuk mempertahankan nilai harta dalam jangka masa panjang. Emas adalah aset yang dianggap stabil dan selamat.Pelaburan emas adalah pilihan popular di Malaysia kerana emas dianggap sebagai perlindungan terhadap ketidakstabilan ekonomi dan inflasi.

 

Tidak seperti aset lain, emas tidak akan turun nilai kerana:

Rizabnya terhad, dan permintaan industri tidak pernah kurang.

Pengeluaran emas global dan harga emas telah meningkat

Ia boleh berfungsi sebagai wang yang setara dan cara pembayaran universal.


Faedah Pelaburan Emas

· Volatiliti pasaran yang sederhana dan kecairan yang tinggi.

· Tiada risiko portfolio susut nilai yang mendadak.

· Kos kemasukan rendah.

· Harga emas sering meningkat semasa suatu krisis berlaku,contohnya seperti  hiperinflasi, krisis ekonomi, peperangan atau wabak.

· Keuntungan jangka panjang melebihi keuntungan deposit wang di bank.

· Ramalan harga yang agak mudah berdasarkan prestasi harga masa lalu.

· Sebut harga emas tidak bergantung pada ekonomi tertentu.



emas malaysia


Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam emas di Malaysia:

 

1. Emas Fizikal

 

Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam emas fizikal di Malaysia seperti:

 

 Membeli jongkong emas di pejabat pegawai pembiayaan emas seperti Public Gold, GCP, KFH dan sebagainya.

 

Membeli emas di kedai perhiasan seperti Tomei, Habib, dan Poh Kong.

 

Membeli dinar dan dirham sebagai bentuk pelaburan emas Islam yang digunakan sebagai perak dan emas dalam masyarakat Muslim.

 

 

2. Akaun Emas

Bank-bank di Malaysia menawarkan akaun emas di mana anda boleh membeli emas dalam bentuk simpanan bukan tunai. Kelebihannya termasuk kemudahan, tetapi ada kos penyimpanan dan kebiasaannya tidak memberikan pulangan tambahan.

 

3. Pelaburan Emas Secara Dalam Talian

 Terdapat platform dalam talian yang membolehkan anda membeli dan menjual emas dalam jumlah kecil dengan mudah. Anda boleh memilih untuk menyimpan emas fizikal atau menjual semula untuk mendapat keuntungan.

 

4. Akaun Perdagangan Emas (Gold Trading Account)

 Melalui platform perdagangan saham, anda juga boleh membeli dan menjual kontrak berjangka emas. Ini memerlukan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai pasaran kewangan.

 

financial planner malaysia


5.Pertukaran Dana Dagangan Emas (Gold ETF)

Gold ETF ini sesuai bagi anda baru bermula atau ingin mengurangkan risiko pelaburan yang lain.Sama seperti saham perlombongan emas, anda hanya boleh melabur dalam ETF yang disokong oleh emas. Secara amnya, jenis ni adalah ETF komoditi yang mengesan dan ikut harga emas.

Berikut adalah beberapa ETF emas untuk pelaburan anda:

· TradePlus Shariah Gold Tracker (Malaysia)

· SPDR Gold MiniShares Trust (US)

· abrdn Standard Physical Gold Shares (US)

· VanEck Merk Gold Trust (US)

 

 

6. Akaun Pelaburan Emas (Gold Investment Account)

Terdapat juga institusi kewangan yang menawarkan akaun pelaburan emas di mana anda boleh melabur dalam emas fizikal dan mendapat pulangan bergantung kepada harga emas semasa.

 

Terdapat beberapa bank di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan ini, seperti yang disenaraikan di bawah.

A. Maybank

B. Public Bank

C. Kuwait Finance House

D. CIMB Bank

E. UOB

F. HSBC

Satu lagi kelebihan ialah ada bank yang hanya memerlukan deposit minimum serendah 1 gram atau RM250. Selain itu, anda juga boleh mengeluarkan pelaburan anda secara tunai, emas fizikal atau mengkreditkannya ke dalam akaun semasa / simpanan anda yang ditentukan.

7. Saham Perlombongan Emas

Anda bukan membeli emas tapi melabur dengan syarikat yang buat perlombongan emas. Sebab tu, pulangan(dalam bentuk dividen) untuk jenis pelaburan emas ini bergantung pada prestasi syarikat dan keadaan semasa pasaran saham.

Beberapa syarikat perlombongan emas adalah Borneo Oil Bhd dan Poh Kong Holdings Bhd. .

 

 

Sebelum memilih cara untuk melabur dalam emas, adalah penting untuk mempertimbangkan faktor-faktor seperti kos, kebolehcapaian, dan kesesuaian dengan matlamat pelaburan anda. Selain itu, perlu diingat bahawa pelaburan emas melibatkan risiko seperti perubahan harga emas dan juga kos penyimpanan. Pastikan anda memahami risiko dan memilih program pelaburan yang dipercayai dan dikawal selia dengan baik.

 Oleh itu, adalah bijak untuk mendapatkan nasihat dari penasihat kewangan sebelum membuat keputusan pelaburan yang penting.


 

Adakah anda tengah survey pelaburan untuk anda gandakan wang anda? Tak pasti mana satu paling sesuai dengan situasi anda? Dapatkan sesi PERCUMA 30 minit google meet untuk sembang-sembang situasi kewangan anda dan apa yang kami boleh bantu anda.

 Slot adalah terhad, pastikan anda isi segera form di bawah:



Lawati Facebook Page Kami = https://www.facebook.com/financialplannermalaysia

Lawati Youtube Channel Kami = https://www.youtube.com/@financialplannermalaysia





Catat Ulasan

0 Ulasan