Pelaburan Hartanah yang Untung di Malaysia
Financial Doctor anda...Investment Portfolio-Takaful-Wasiat Hibah-Tax-Debt Restructure-Retirement Planning-Hajj Planning

Pelaburan Hartanah yang Untung di Malaysia


Pelaburan hartanah boleh menjadi pilihan pelaburan yang menguntungkan di Malaysia kerana pertumbuhan ekonomi negara yang stabil dan pasaran hartanah yang aktif.Pelaburan hartanah juga boleh memberikan pulangan yang menguntungkan jika dilakukan dengan bijak Namun, seperti pelaburan lain, ia memerlukan penyelidikan yang teliti dan pemahaman mendalam mengenai pasaran hartanah tempatan.

 

Mengapa Anda Perlu Melabur Dalam Hartanah?

 

Pasaran hartanah merupakan pilihan pelaburan yang lebih stabil jika dibandingkan dengan pelaburan lain seperti pasaran saham.  Pelaburan hartanah adalah suatu pelaburan yang melibatkan aset fizikal,lebih memberi ‘peace of mind’ untuk menguruskannya, berbanding aset digital seperti NFT atau Cryptocurrency.

Bagi pelaburan hartanah,nilainya cenderung meningkat dari masa ke semasa, dan anda boleh menjana pendapatan dengan cara sewaan atau jualan selepas beberapa tahun.

 

Terdapat beberapa indikator yang bakal menetukan sama ada pelaburan hartanah anda dapat mendatangkan keuntungan atau pun tidak.


1. Capital Appreciation

Capital appreciation bermaksud sejauh mana nilai hartanah anda boleh meningkat setiap tahun.Kenaikan harga ini bergantung kepada faktor harga asal hartanah yang dibeli,lokasi hartanah dan permintaan terhadap hartanah di kawasan itu yang menjadikan harganya meningkat naik.


2. Pulangan wang

Cashback atau pulangan wang berlaku apabila harga jualan yang dinyatakan dalam perjanjian sewa beli diletakkan lebih tinggi daripada harga yang dipersetujui antara penjual dan pembeli. Lebihan wang ini akan menjadi milik pembeli. Cashback ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti urusan penyewaan rumah, penyelenggaraan berkala dan lain-lain.

 

3. Aliran Tunai sewaan

Aliran tunai sewaan positif berlaku apabila pendapatan sewaan hartanah anda lebih tinggi daripada kos-kos cukai,caj penyelenggaraan, kos utiliti dan bayaran ansuran hartanah setiap  bulan.

 

 

 

 

pelaburan hartanah

 

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan apabila melabur dalam pasaran hartanah di Malaysia:

 

1. Lokasi - Lokasi hartanah adalah faktor utama dalam menentukan nilai hartanah dan keuntungan yang boleh diperoleh darinya. Cari lokasi strategik yang mempunyai akses yang baik kepada kemudahan awam seperti kemudahan pengangkutan, hospital, pasaraya, dan institusi pendidikan. Zon-zon seperti Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru, dan bandar-bandar utama lain mempunyai potensi pertumbuhan yang baik.

 

 

2. Kondisi Hartanah - Kondisi hartanah juga penting untuk memastikan bahawa ia mempunyai nilai yang tinggi dan mempunyai daya tarikan yang tinggi untuk penyewaan atau jualan. Pastikan hartanah dalam keadaan baik dan sedia untuk diduduki di masa depan.Keadaan hartanah, kos penyelenggaraan, dan potensi untuk peningkatan nilai hartanah juga adalah faktor-faktor penting untuk dipertimbangkan.

 

 

3. Kepelbagaian Harta - Pelabur hartanah harus mempertimbangkan pelbagai jenis hartanah seperti rumah kediaman, kedai dan pejabat untuk memudahkan peluang mengurangkan risiko dan meningkatkan peluang keuntungan pelaburan.

 

4. Hadkan Risiko - Pelabur sebaiknya mempunyai strategi jangka panjang dan mengambil risiko yang munasabah dalam menguruskan hartanah. Mereka perlu memahami risiko hartanah termasuk kos penyelenggaraan, kegagalan sewa dan kenaikan kadar faedah.

 

5. Kajian Pasaran - Pelabur hendaklah melakukan kajian pasaran terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Mereka harus mempertimbangkan faktor sosial, ekonomi dan politik untuk memahami panjang pendek tendensi harga pasaran. Kajian pasaranjuga perlu dilakukan untuk memahami trend harga hartanah, permintaan sewaan, dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi nilai hartanah di kawasan yang dipilih.

 

 

6. Pengurusan Harta - Sebelum melabur, pelabur perlu memahami bagaimana mereka akan menguruskan hartanah mereka termasuk penyelenggaran, sewaan, pengurusan pembayaran dan kontrak pelanggan.

 

7. Pembelian Secara Rasional - Jangan membeli hartanah hanya kerana harganya murah. Pastikan ia mempunyai nilai dan potensi pertumbuhan jangka panjang.

 

 

8. Peraturan dan Undang-Undang: Memahami undang-undang berkaitan hartanah di Malaysia adalah penting, termasuk cukai hartanah, peraturan pembinaan, dan undang-undang sewaan.

 

 

9. Risiko: Memahami risiko yang terlibat dalam pelaburan hartanah, seperti kekosongan penyewaan, penurunan nilai hartanah, atau perubahan peraturan kerajaan yang boleh memberi kesan kepada pelaburan.

 

 

 10.Perancangan kewangan: Bakal pelabur perlu membuat perancangan kewangan yang teliti dan mempunyai pelan perniagaan yang jelas sebelum melabur dalam hartanah.

 

 

 

pelaburan hartanah di malaysia

 Terdapat pelbagai jenis pelaburan hartanah di Malaysia, termasuk pembelian hartanah untuk disewakan, pembangunan hartanah, pelaburan dalam projek-projek hartanah, dan lain-lain. Setiap jenis pelaburan mempunyai risiko dan pulangan yang berbeza, jadi penting untuk memilih jenis pelaburan yang bersesuaian dengan matlamat kewangan dan risiko peribadi anda.

 

Sekiranya dilakukan dengan bijak dan teliti, pelaburan hartanah boleh menjadi pilihan pelaburan yang menguntungkan di Malaysia. Namun, pelabur perlu memahami risiko dan memilih hartanah dengan teliti sebelum membuat keputusan pelaburan.

 

Sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam hartanah di Malaysia, disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada profesional perancang kewangan atau ejen hartanah yang berpengalaman bagi memastikan pelaburan anda dilakukan dengan bijak dan berpotensi menguntungkan.








Adakah anda tengah survey pelaburan untuk anda gandakan wang anda? Tak pasti mana satu paling sesuai dengan situasi anda? Dapatkan sesi PERCUMA 30 minit google meet untuk sembang-sembang situasi kewangan anda dan apa yang kami boleh bantu anda.

 Slot adalah terhad, pastikan anda isi segera form di bawah:



Lawati Facebook Page Kami = https://www.facebook.com/financialplannermalaysia

Lawati Youtube Channel Kami = https://www.youtube.com/@financialplannermalaysia





Catat Ulasan

0 Ulasan