Tidak kiralah sama ada anda baru mendirikan rumahtangga, mempunyai anak-anak yang ramai atau pun di usia persaraan, perancangan kewangan keluarga adalah satu hal yang amat penting untuk dilakukan.
Kemahiran pengurusan kewangan menjadi satu ciri penting yang
perlu dimiliki oleh setiap pasangan, terutamanya ketua keluarga. Dengan ilmu
mengurus duit dengan betul, ia dapat membantu anda untuk berbelanja dengan
sewajarnya dan dapat memenuhi keperluan diri sendiri serta ahli keluarga dengan
secukupnya.
Kami kongsikan di sini beberapa tips kewangan keluarga untuk
anda. Jom baca!
1. Sentiasa tahu jumlah pendapatan keluarga
Anda wajib tahu dengan jelas perihal gaji
anda setiap bulan dan perlu mengenalpasti anda berada dalam kelompok pendapatan
isi rumah yang mana.
Di Malaysia, pendapatan isirumah dikelaskan
kepada 3 kategori iaitu B40, M40 dan T20.
Daripada jumlah pendapatan keluarga yang
sudah dikenalpasti, anda dapat membuat pengiraan kos sara hidup dan menyusun
kewangan keluarga dengan teliti setiap bulan.
Terdapat banyak bantuan dan subsidi yang
diberikan oleh kerajaan atau pihak-pihak tertentu bagi meringankan beban
kewangan, mengikut kategori pendapatan. Biasanya bantuan kerajaan banyak
disalurkan kepada penerima dari kumpulan B40. Dengan mengetahui jumlah
pendapatan isirumah, anda boleh memohon bantuan kewangan yang sesuai, sekiranya
berkelayakan dan memenuhi syarat asas yang ditetapkan.
2. Matlamat masa depan
Matlamat dan pelan kewangan jangka pendek
seharusnya adalah sesuatu yang ingin diselesaikan dalam tempoh yang singkat,mudah
dicapai dan melibatkan peruntukan yang tidak terlalu besar seperti membuat
tabungan untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak atau pun tabungan kecemasan
3 bulan gaji.
Bagi matlamat jangka panjang pula, ia
melibatkan sesuatu yang jauh lagi tempoh masanya dan melibatkan peruntukan
kewangan yang agak besar seperti tabungan untuk pergi menunaikan haji atau pun
dana pendidikan untuk anak-anak masuk ke universiti.
3. Pelan perbelanjaan
Aliran duit masuk dan keluar perlu
diuruskan dengan baik supaya tidak berlaku kes tidak cukup duit kerana ‘overspending’
atau ‘over budget’.
Perancangan kewangan keluarga yang teliti
akan dapat memastikan anda tidak berbelanja melebihi had kemampuan bulanan
anda. Anda juga akan lebih berhati-hati berbelanja dan tidak bersikap boros
membeli barangan yang tidak diperlukan.
4. Kehendak vs. Keperluan
Bagi kebanyakan daripada kita yang hidup
dari ‘gaji ke gaji’ ataupun cukup-cukup makan sahaja, hal ini sangatlah penting.Banyak
kehendak yang perlu diletak tepi dahulu dan lebih mengutamakan keperluan setiap
bulan.
Keperluan utama setiap bulan seperti
takaful,penyelesaian ansuran kereta dan rumah serta pendidikan anak-anak
perlulah didahulukan.
5. Urus hutang
Hutang tidak perlu ditakuti tapi perlu
diuruskan dengan bijaksana supaya cepat habis. Anda memang tidak dapat lari
sepenuhnya daripada berhutang. Ukur baju di badan sendiri, dan jika perlu
berhutang, pastikan ianya dalam kemampuan kewangan anda untuk membuat
pembayaran balik setiap bulan.
Terdapat pelbagai eknik penyelesaian hutang
dengan cepat di luar sana dan salah satunya ialah kaedah ‘snowball’. Anda boleh
membuat bacaan lanjut DI SINI
Pelaburan dan tabung kecemasan
Tabungan kecemasan sangat penting untuk
kejadian-kejadian di luar dugaan yang memerlukan duit segera seperti kerosakan
kereta atau pun perbelanjaan perubatan. Pelaburan pula penting supaya wang anda
dapat digandakan supaya menjadi lebih banyak.
Anda boleh mulakan tabungan kecemasan
dengan amaun yang sedikit dahulu dan buat secara konsisten setiap bulan. Jika
ada pendapatan ekstra, anda boleh masukkan sedikit ke dalam tabung kecemasan
anda supaya lebih cepat bertambah jumlahnya.
Bagi pelaburan pula, anda boleh bermula
dengan sesuatu yang bermodal rendah seperti pelaburan roboadvisor. Anda boleh
buat bacaan lanjut DI SINI
7. Takaful
Perlindungan takaful membantu anda berdepan
dengan situasi luar jangka dan situasi di mana tabung kecemasan kita tidak
mencukupi.
Hibah takaful membantu pasangan anda dan
anak-anak meneruskan kehidupan jika anda meninggal dunia.
Takaful kesihatan pula membantu membayar
kos perubatan dan penghospitalan sekiranya anda memerlukan rawatan kesihatan serius
yang melibatkan kos yang tinggi
Sebagai ketua keluarga, anda perlu
bertindak segera bagi menyediakan takaful untuk diri sendiri dah ahli keluarga.
Ia sangat-sangat membantu dalam saat-saat genting nanti.
8. ‘Side income’
Ramai dalam kalangan ketua keluarga yang
membuat lebih daripada satu pekerjaan bagi menampung belanja keluarga.Kos sara
hidup yang semakin meningkat memaksa ramai orang untuk bekerja keras bagi
meneruskan kehidupan.
Terdapat banyak peluang-peluang ‘side
income’ yang ada sekarang ini. Ada yang perlu keluar rumah dan ada yang boleh
buat dari rumah sahaja secara ‘online’. Pilih dengan bijak dan ikut kemampuan
diri anda.
Akhir kata, mempunyai duit yang banyak atau
pun mempunyai duit yang kurang, sebagai ketua keluarga, andalah yang bertanggungjawab
merancang kewangan keluarga dengan baik. Ilmu mengurus kewangan perlu dipertingkatkan
dan diaplikasikan. Usaha yang terbaik bagi memberi kehidupan yang selesa untuk
diri sendiri dan keluarga.
Slot adalah terhad, pastikan anda isi segera form di bawah:
Lawati Facebook Page Kami = https://www.facebook.com/financialplannermalaysia
Lawati Youtube Channel Kami = https://www.youtube.com/@financialplannermalaysia
0 Ulasan