Cara Selesai Hutang Guna Teknik Snowball
Financial Doctor anda...Investment Portfolio-Takaful-Wasiat Hibah-Tax-Debt Restructure-Retirement Planning-Hajj Planning

Cara Selesai Hutang Guna Teknik Snowball

 

 

teknik snowball

 Bagi anda yang mempunyai banyak hutang, pastinya sentiasa mahukan hutang-hutang itu segera terhapus. Terdapat pelbagai cara di luar sana yang boleh anda amalkan bagi menyelesaikan hutang-piutang anda dengan cepat.

Kali ini kami kongsikan satu kaedah efektif penyelesaian hutang iaitu Teknik ‘snowball’. Teknik ini diperkenalkan oleh seorang perunding kewangan terkenal di Amerika Syarikat, Dave Ramsey.

Bagi yang pernah main salji, anda akan bermula dengan membuat bola salji yang kecil yang dikepal-kepal sebesar genggaman tangan. Kemudian,sedikit lagi salji ditambah untuk menambah saiz bola itu. Tambah dan tambah lagi sehingga ‘snowball’ yang kecil tadi, menjadi semakin besar.

Begitulah juga dengan Teknik ‘snowball’ yang digunakan dalam penyelesaian hutang ini.

 

Snowball ialah teknik menyelesaikan hutang yang paling kecil dahulu kepada paling besar kemudiannya.


Cara Selesai Hutang Guna Teknik Snowball


kaedah snowball




1. Senaraikan semua hutang yang ada, tuliskan jumlah setiap satunya, bermula dari yang kecil sehingga yang berbaki paling besar.Seeloknya,hubungi pihak bank supaya anda mendapat baki hutang yang tepat. Pastikan amaun hutang yang ditulis itu sudah dicampur dengan kadar faedah.

Senaraikan kadar faedah (interest rate) untuk setiap hutang/pinjaman tersebut.

Catatkan bayaran ansuran bulanan untuk setiap satu hutang anda.

Catit tarikh akhir pembayaran untuk mengelakkan denda lewat bayar. Bagi kad kredit contohnya, setiap kali anda lewat bayar, anda akan dikenakan interest lewat bayar dan ini membuatkan hutang anda semakin bertambah.

2.       Dari senarai hutang anda yang sudah dibuat, pilih hutang yang paling kecil nilainya, tanpa mengira kadar faedah. Fokus untuk habiskan dengan cepat pembayaran hutang ini terlebih dahulu. Bagaimana caranya?Bayar ekstra setiap bulan.Anda boleh tambah amaun yang kecil seperti RM20 kepada ansuran asal setiap bulan,sehingga selesai.

3.       Apabila anda dah selesai hutang kecil yang pertama, terus bergerak kepada hutang kedua. Teruskan pembayaran ansuran bulanan seperti biasa,tetapi anda buat bayaran ekstra dengan menggunakan amaun ansuran hutang kecil yang pertama tadi.

4.       Ulang strategi ni untuk hutang-hutang seterusnya.

 

Jom tengok contoh penyelesaian hutang guna Teknik ‘snowball’ di bawah.

 

Ali ada 3 hutang.

Kad kredit                  RM3000     bayar RM100 sebulan

Pinjaman peribadi   RM10000   bayar RM300 sebulan

Kereta                        RM15000   bayar RM 600 sebulan

 

Selepas ditolak semua komitmen bulanan, gaji Ali ada ekstra RM50.

Ali mulakan projek langsai hutang kad kredit yang berbaki paling kecil berbanding hutang-hutang lain.

Setiap bulan Ali akan bayar RM100+RM50(duit ekstra dari gaji bulanan), sehingga selesai hutang kad kredit, Hutang-hutang lain masih dibayar seperti amaun ansuran yang biasa.

 

Selesai hutang kad kredit, Ali ada RM150 ekstra setiap bulan (duit untuk bayar kad kredit tadi)

 

Amaun RM150 ini Ali guna untuk ditambah kepada bayaran ansuran pinjaman peribadi.

RM300+RM150=RM450 untuk bayar pinjaman peribadi setiap bulan.

 

Selesai hutang pinjaman peribadi, Ali ada lebihan RM450.

 

Amaun ini Ali gunakan pula untuk ditambah kepada bayaran ansuran pinjaman kereta.

RM600+RM450=RM1050 untuk bayar pinjaman kereta setiap bulan.

 

Bayar hingga selesai hutang kereta.

 

Ulang langkah ini sekiranya masih ada hutang lain yang perlu diselesaikan.

 

 

 

 

teknik snowball

 Teknik ‘snowball’ ni berkesan ke?

Apabila selesai membayar satu hutang kecil, ia menjadi satu kemenangan kecil yang memberi impak positif kepada kita. Kemenangan kecil ini memotivasikan diri untuk mencari kemenangan seterusnya yang lebih besar. Kita akan lebih bersemangat untuk cepat-cepat hapuskan hutang yang lebih besar pula.

 

 

hutang

 

 

Kesimpulannya, nak bebas hutang perlukan disiplin diri dan usaha yang gigih. Perjalanan yang beribu batu, bermula dengan satu langkah pertama. Jadi, mulakan projek bebas hutang anda hari ini.Jalannya tak begitu mudah tapi boleh dicapai dengan semangat juang yang tinggi. Pilih teknik penyelesaian hutang yang terbaik dan mampu dibuat oleh diri sendiri. Kami doakan usaha anda berhasil.Amin ya Rabb.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Adakah anda komited nak selesaikan hutang-hutang anda? Tak pasti nak mula mana satu dan kaedah paling efisyen? Dapatkan sesi PERCUMA 30 minit google meet untuk sembang-sembang situasi kewangan anda dan apa yang kami boleh bantu anda.

 Slot adalah terhad, pastikan anda isi segera form di bawah:



Lawati Facebook Page Kami = https://www.facebook.com/financialplannermalaysia



Catat Ulasan

0 Ulasan