FAQ Financial Planner
Financial Doctor anda...Investment Portfolio-Takaful-Wasiat Hibah-Tax-Debt Restructure-Retirement Planning-Hajj Planning

FAQ Financial Planner

FAQ Financial Planner

faq financial planner
faq financial planner


1) Siapa Financial Planner
= Professional yang memberikan khidmat nasihat perancangan kewangan(financial planning) kepada pelanggan

2) Macam mana nak tahu Capspring Temasuk Financial Group Sdn Bhd ni valid dan sah?
= Kami diiktiraf Bank Negara Malaysia(BNM) 


Senarai syarikat Advisory diiktiraf BNM = https://www.bnm.gov.my/-/approved-financial-advisers

3) Boleh ke saya nak ambil Takaful sahaja atau Pelaburan sahaja atau Wasiat hibah sahaja?
= Ya boleh, saya akan berikan quotation dari pelbagai syarikat untuk perbandingan supaya sesuai dengan bajet dan keperluan anda. Anda tak perlu ambil financial planning, terus ambil produk sahaja.

4) Servis Financial Planning oleh Financial Planner kena bayar?
= Ya, RM1500 untuk modular financial planning dan RM3000 untuk full financial planning atau 0.1% dari nilai aset pelanggan (yang mana lebih tinggi).

5) Siapa yang biasa engage servis Financial Planner?
= Mereka yang rancang untuk mulakan investment, review takaful sedia ada, plan untuk persaraan, plan untuk education anak, plan untuk perancangan pusaka, tax planning. Keputusan kewangan yang besar memerlukan nasihat dan pandangan professional supaya tiada try and error yang menyebabkan kerugian dan kegagalan dilaksanakan.

6) Info Financial Planning saya boleh google je, kenapa nak bayar professional?
= Tak sama. Financial Planner akan analisis cash flow dahulu dan bagi suggestion yang diluar bidang kemahiran individu biasa seperti bidang pelaburan yang pelbagai portfolio, takaful semua syarikat, unit trust semua syarikat, debt consolidation terbaik di pasaran, refinance terbaik di pasaran. Analisis dilakukan oleh team financial planning kami.

Situasi dan keupayaan kewangan setiap individu adalah berbeza, maka perancangan kewangan mereka pasti berbeza dan perlu custom-made mengikut keadaan kewangan semasa pelanggan.

7) Apa beza Financial Planner dan Islamic Financial Planner?
= Islamic Financial Planner hanya menyediakan solution yang patuh shariah dalam pembentangan perancangan kewangan (financial planning) seperti pelaburan patuh shariah, takaful dan bukannya insurans konvensional dan pemilihan pinjaman dan rate pinjaman islamik sahaja.


kepercayaan dan kredibiliti Financial Planner
kepercayaan dan kredibiliti Financial Planner




Catat Ulasan

0 Ulasan