Kelebihan dan Kekurangan Perancang Kewangan - Pro & Con
Financial Doctor anda...Investment Portfolio-Takaful-Wasiat Hibah-Tax-Debt Restructure-Retirement Planning-Hajj Planning

Kelebihan dan Kekurangan Perancang Kewangan - Pro & Con

Kelebihan dan Kekurangan Perancang Kewangan - Pro & Con


financial advisor malaysia

Kelebihan dan Kekurangan Perancang Kewangan di Malaysia


Urusan kewangan merupakan satu perkara yang tidak boleh dianggap remeh dan mudah untuk diuruskan. Bagi kebanyakan orang,hakikatnya mereka memang sangat memerlukan seorang penasihat khusus yang boleh membantu menguruskan perihal kewangan mereka dengan lebih baik.


 Siapakah Financial Advisor?

Financial advisor ialah seorang penasihat yang akan memberikan saranan tertentu kepada  kliennya supaya boleh mengatur dan menguruskan urusan kewangannya dengan kaedah yang tepat dan tersusun.Terdapat penasihat kewangan yang bekerja secara freelance dan ada juga yang bernaung di bawah syarikat tertentu. 

Seorang financial advisor di Malaysia harus memiliki lesen profesional dalam bidang pengurusan kewangan dan harus berdaftar dengan Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti.


 Tips memilih Financial Advisor

Jika Anda memang tertarik untuk menggunakan khidmat seseorang financial advisor, terdapat beberapa hal yang harus anda perhatikan.

Pengalaman
Pastikan anda melihat seluruh pengalamannya terlebih dahulu sebelum memilihnya. Buat sedikit semakan latar belakang melalui media sosial dan anda boleh menilai sendiri tahap kompetensi financial advisor yang ingin anda pilih.

Kelayakan
Pastikan financial advisor yang anda pilih memiliki kelayakan khusus dalam bidangnya dan mempunyai tauliah atau lesen bagi menjalankan perkhidmatannya.Semakan financial advisor yang bertauliah boleh dilakukan melalui Bank Negara Malaysia atau pun Suruhanjaya Sekuriti.

Kesesuaian
Terdapat ramai penasihat kewangan di Malaysia. Pemilihan seorang financial advisor seharusnya bergantung kepada keperluan anda, kemampuan dan keserasian anda dengan penasihat kewangan itu sendiri. 

 

kelebihan perancang kewangan

Terdapat banyak kelebihan yang bakal anda perolehi sekiranya menggunakan khidmat financial advisor. Walaubagaimanapun,masih ada beberapa keburukan bagi mereka yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan ini. Tepuk dada dan tanyalah diri. Kami sediakan beberapa point yang perlu anda teliti sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat perancang kewangan.

 

 

Kelebihan Perancang Kewangan:

 

1. Nasihat Kewangan Profesional - Perancang kewangan mempunyai pengetahuan yang luas dan profesional dalam hal kewangan dan pelaburan, dan mereka boleh memberikan nasihat dalam mempertimbangkan opsyen kewangan yang pelbagai bagi memaksimumkan pertumbuhan kewangan.

 

2. Penjimatan Masa - Dengan mendapatkan nasihat kewangan daripada peruncang kewangan, individu dapat memanfaatkan masa mereka yang berharga. Perancang kewangan akan menguruskan segala apa yang perlu dilakukan dalam membina rancangan kewangan berdasarkan keadaan kewangan mereka.

 

3. Jangkaan yang Lebih Realistik - Melalui analisis dan forecast profesional, perancang kewangan boleh menawarkan keadaan kewangan yang lebih realistik bagi individu berbanding apa yang mungkin mereka jangkakan.

 

4. Menyelesaikan Masalah Kewangan - Orang yang menghadapi masalah kewangan dapat mencari bantuan perancang kewangan untuk membantu mereka dengan mencadangkan pilihan strategi kewangan, seperti menyelesaikan hutang, menguruskan kewangan peribadi dan sebagainya.

 

5. Perancangan Kewangan Selari dengan Pencapaian Matlamat - Perancang kewangan membantu individu membangunkan perancangan kewangan yang selari dengan matlamat, seperti penjimatan, pelan persaraan, dan pulangan pelaburan yang diinginkan.

 

 

Kekurangan Perancang Kewangan:

 

1. Kos - Kos yang terlibat dalam mengupah perancang kewangan boleh menjadi tinggi, terutamanya bagi individu yang masih baru memulakan dan menggunakan khidmat perancangan kewangan.

 

2. Kepercayaan - Sebahagian besar perancang kewangan menginginkan kepercayaan dan kelulusan individu untuk membuat keputusan keuangan bagi pihak mereka. Secara tidak sengaja, mungkin ada perancang kewangan yang dapat memanipulasi individu dengan membuat keputusan yang tidak menguntungkan dari segi kewangan.

 

3. Pendapatan berpotensi yang Rendah - Pendapatan yang berpotensi untuk diperolehi oleh pelabur adalah bergantung kepada kecekapan perancang kewangan menguruskan dana terbabit.Perancang kewangan yang tidak berpengalaman mungkin masih belum cekap sepenuhnya disebabkan baru sahaja memulakan kerjaya mereka. Potensi pulangan pelaburan yang bakal anda perolehi mungkin sedikit rendah berbanding jika anda mengambil penasihat kewangan yang lebih berpengalaman.

 

4. Pengurus Kewangan Menggunakan Keupayaan Mereka - Beberapa perancang kewangan mungkin menggunakan keupayaan mereka sebagai pengurus kewangan untuk menjual produk kepada pelanggan, walaupun itu mungkin tidak sesuai untuk pelanggan.

 

4. Aset dan Pelaburan yang Tidak Kontemporari - Di dalam dunia kewangan yang selalu berubah, perancang kewangan harus sentiasa mengikuti perkembangan terbaru. Jika perancang kewangan tidak aktif, individu boleh didapati dengan aset yang usang atau pelaburan yang kurang menguntungkan.

 

 

Kadar celik kewangan bagi rakyat Malaysia masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Ramai yang masih terkapai-kapai dalam soal pengurusan kewangan sendiri dan tidak jelas halatuju kewangan untuk masa depan. Soal kewangan bukan satu benda remeh-temeh yang boleh dibuat main kerana apa yang anda hasilkan hari ini akan diwariskan pula kepada generasi anda yang seterusnya. Pengurusan kewangan peribadi perlu diuruskan dengan bijak kerana anda akan meninggalkan satu legasi untuk keturunan anda.

Peranan seorang penasihat kewangan atau financial advisor sangatlah penting bagi membantu anda menguruskan hal-ehwal berkaitan kewangan anda dengan lebih baik supaya hasilnya dapat dioptimumkan dan boleh dimanfaatkan oleh anda sendiri dan anak cucu anda di kemudian hari.








Adakah anda tengah survey pelaburan untuk anda gandakan wang anda? Tak pasti mana satu paling sesuai dengan situasi anda? Dapatkan sesi PERCUMA 30 minit google meet untuk sembang-sembang situasi kewangan anda dan apa yang kami boleh bantu anda.

 Slot adalah terhad, pastikan anda isi segera form di bawah:



Lawati Facebook Page Kami = https://www.facebook.com/financialplannermalaysia

Lawati Youtube Channel Kami = https://www.youtube.com/@financialplannermalaysia





Catat Ulasan

0 Ulasan