Kerjaya Perancang Kewangan atau Financial Planner di Malaysia
Financial Doctor anda...Investment Portfolio-Takaful-Wasiat Hibah-Tax-Debt Restructure-Retirement Planning-Hajj Planning

Kerjaya Perancang Kewangan atau Financial Planner di Malaysia

 Kerjaya Perancang Kewangan atau Financial Planner di Malaysia


perancang kewangan


Rakyat Malaysia rata-ratanya mempunyai pengetahuan yang terhad atau kurang berkaitan ilmu pengurusan kewangan. Ilmu ini tidak diajar secara khusus di sekolah mahupun peringkat universiti. Ketahuilah bahawa mereka yang mengambil bidang kewangan sekalipun, belum tentu mahir mengurus perihal kewangan peribadinya sendiri. Dari segi sosio-ekonomi pula, mereka yang berada dalam kelompok berpendapatan rendah didapati sangat rendah pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan.

 

Kebanyakan ilmu kewangan yang ada pada kita,diwariskan daripada ibu bapa sahaja. Ilmu kewangan pula sentiasa berubah-ubah dan berkembang selaras dengan peredaran zaman. Dengan ilmu kewangan lapuk dan terhad yang diwariskan secara turun-temurun, generasi baru sukar untuk ‘survive’ di dunia yang penuh cabaran pada masa kini.


Celik kewangan merujuk kepada kebolehan seseorang untuk membezakan antara liabiliti dan asetmemahami risiko dan menilai kepentingan untuk menyediakan perlindungan seperti tatakaful,mampu membuat bajet perbelanjaan jangka pendek dan jangka panjang serta bajet berkala,memahami konsep pelaburan dan juga konsep-konsep asas kewangan seperti kredit, interest, compounding interest, inflasi, diversifikasi dan lain-lain.

 

Kadar celik kewangan yang rendah ini menyebabkan ramai yang terperangkap dalam kitaran kehidupan yang sama,bertahun-tahun, generasi demi generasi. Ramai yang penat bekerja dan mempunyai akaun simpanan bank, tetapi tidak tahu cara melabur atau menggandakan wang yang ada.

 

 

financial advisor malaysia

Jika anda merasa keliru atau kurang berpengetahuan dalam bab pengurusan kewangan, maka di sinilah seorang financial advisor atau penasihat kewangan boleh membantu anda untuk menguruskan wang  dengan lebih baik.

 

Financial advisor ialah seorang penasihat yang akan memberikan saranan kepada pelanggannya supaya boleh mengatur soal kewangannya dengan lebih cekap dan matang bagi jangkamasa pendek ataupun panjang.Tugas mereka juga ialah meneliti dan meninjau keperluan kewangan klien dan membantu klien mengatasi masalah kewangannya.

Seorang penasihat kewangan juga boleh mencadangkan beberapa instrumen pelaburan yang bersesuaian dengan matlamat kewangan klien.

Terdapat dua jenis financial advisor iaitu mereka yang bergerak secara ‘freelance’ dan ada yang bekerja di bawah syarikat  tertentu.

 

Penasihat kewangan yang mewakili syarikat biasanya ialah ejen insurans, unit trust consultant atau pun estate planner. Mereka menawarkan khidmat nasihat berkaitan dengan produk dan servis yang disediakan oleh syarikat mereka sahaja.

Satu lagi jenis penasihat  ialah penasihat kewangan yang mewakili klien. Penasihat kewangan jenis ini yang juga dikenali sebagai Certified Financial Planner, adalah berlesen dan mempunyai tauliah tertentu bagi menjalankan tugasannya.

Hanya financial advisobertauliah sahaja yang boleh menggunakan istilah Penasihat Kewangan Bertauliah atau Certified Financial Planner, mengikut Financial Services Act 2013. Penyalahgunaan gelaran ini boleh dikenakan tindakan undang-undang (1) penjara tak lebih 8 tahun (2) denda tak lebih RM 25 juta (3) atau keduanya sekali.

Bagaimana Mengenalpasti Penasihat Kewangan Bertauliah?

Anda boleh melakukan semakan di :

1. Laman web Suruhanjaya Sekuriti untuk menyemak status Licensed financial planner

2. Laman web BNM untuk menyemak status Financial Adviser Representative (FAR)

 

FAR dan FPR

Uniknya di Malaysia, penasihat kewangan bertauliah ini ada 2 kebenaran / lesen.

Satu ialah Financial Advisor Representative (FAR)  di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) dan satu lagi ialah dalam istilah rasminya, Licensed Capital Market Services Representative Licence holders for Financial Planning atau lebih mudah sebut sebagai licensed financial planner atau Financial Planner Representative (FPR) yang berada di bawah seliaan dan berlesen dengan Suruhanaya Sekuriti.

Bezanya adalah FAR akan membantu anda dalam hal ehwal insurans dan takaful. Manakala FPR pula akan membantu anda untuk memberikan khidmat nasihat kewangan dalam hal ehwal pelaburan. Bukan semua FAR adalah FPR dan sebaliknya. Tetapi ramai FAR juga ada lesen FPR.

Penasihat kewangan bertauliah ini juga mempunyai "superpower" iaitu FAR / FPR dapat memenuhi keperluan mendapatkan khidmat nasihat kewangan yang independent dan tidak bias terhadap sesuatu produk.

islamic financial planner


Kerjaya perancang kewangan di Malaysia adalah satu bidang yang mempunyai masa depan yang cerah disebabkan berlakunya peningkatan kesedaran masyarakat terhadap aspek pengurusan kewangan. Seorang perancang kewangan berperanan untuk memberi nasihat tentang pemilihan produk dan strategi pelaburan, penjimatan, pelancaran perniagaan atau penilaian berkaitan kewangan untuk individu atau organisasi.

 

 Bagaimana Menjadi Seorang Penasihat Kewangan?

 Untuk memulakan kerjaya perancang kewangan di Malaysia, seseorang perlulah mempunyai kelayakan yang sesuai dalam bidang kewangan dan perlu memahami keperluan dan strategi kewangan individu atau organisasi. Berikut adalah langkah-langkah yang dapat membantu individu yang ingin mengambil langkah ke arah kerjaya perancang kewangan di Malaysia:

 

1. Dapatkan kelayakan yang sesuai - Untuk menjadi perancang kewangan, seseorang perlu mempunyai kelayakan dalam bidang kewangan seperti ijazah dalam kewangan, perbankan atau akauntan. Sijil kelayakan profesional seperti CFP (Certified Financial Planner) juga boleh membantu dalam kerjaya ini.

 

Untuk mereka yang berminat untuk menjadi penasihat kewangan bertauliahanda perlu mendapatkan salah satu dari 3 sijil profesional berikut:

1. Registered Financial Planner (RFP) atau Shariah RFP,
2. Certified Financial Planner (CFP) atau Islamic Financial Planner (IFP)
3. Chartered Financial Consultant (ChFC)

Kemudian anda perlu mendaftar dengan professional association yang mengeluarkan sijil tersebut dan seterusnya memohon lesen menjadi penasihat kewangan bertauliah melalui firma penasihat kewangan berlesen yang ada.

Walaupun anda mempunyai sijil yang disebutkan di atas tetapi selagi tidak memohon lesen daripada pihak berwajib ,maka anda  masih belum boleh diiktiraf sebagai penasihat kewangan yang bertauliah berdasarkan undang-undang yang disebutkan di atas.

2. Memperoleh pengalaman - Mengambil latihan amali dan meneroka pasaran kerja bagi memberi nilai tambah dalam kerjaya perancang kewangan di Malaysia. Peluang untuk memberi khidmat nasihat secara langsung dan memberi maklumat berkaitan kewangan harus diutamakan.

 

3. Menjalin hubungan dengan pelanggan - Perancang kewangan perlu mempunyai kemahiran seperti komunikasi dan kemampuan mendengar yang baik untuk menjalin hubungan dengan pelanggan dan memahami keperluan dan tujuan mereka dalam sesi perancangan kewangan.

 

4. Pemahaman undang-undang dan peraturan - Seorang perancang kewangan perlu memahami peraturan dan undang-undang kewangan di Malaysia yang meliputi CCM, FSA, BNM dan lain-lain.

 

5. Belajar dan berkembang - Seorang perancang kewangan harus sentiasa belajar dan mengikuti perkembangan terkini dalam bidang kewangan. Mereka juga harus memahami produk dan ketetapan kewangan terkini untuk dapat memberi khidmat nasihat terbaik kepada pelanggan.

 

Kesimpulannya, ilmu pengetahuan, kelayakan, pengalaman, pengetahuan undang-undang dan komunikasi yang tepat dapat membantu individu memulakan dan membina sebuah kerjaya yang cemerlang dalam bidang kewangan di Malaysia.

 

 

 

Adakah anda tengah survey perancangan kewangan anda? Tak pasti mana satu paling sesuai dengan situasi anda? Dapatkan sesi PERCUMA 30 minit google meet untuk sembang-sembang situasi kewangan anda dan apa yang kami boleh bantu anda.

 Slot adalah terhad, pastikan anda isi segera form di bawah:


Lawati Facebook Page Kami = https://www.facebook.com/financialplannermalaysia

Lawati Youtube Channel Kami = https://www.youtube.com/@financialplannermalaysia




Catat Ulasan

0 Ulasan