Perancang Kewangan
Financial Doctor anda...Investment Portfolio-Takaful-Wasiat Hibah-Tax-Debt Restructure-Retirement Planning-Hajj Planning

Perancang Kewangan

Perancang Kewangan

Perancang Kewangan
Perancang Kewangan

Perancang kewangan atau lebih dikenali dengan nama Financial Planner, adalah professional yang membuat satu rancangan kewangan (Financial Planning) untuk pelanggan mereka.

Financial planning atau rancangan kewangan adalah solusi kepada hasrat kewangan seseorang. Terdapat dua perkara yang membezakan financial planning atau rancangan kewangan seseorang:

1- Keadaan kewangan (cash flow) setiap orang adalah berbeza
2- Hasrat kewangan atau objektif kewangan adalah berbeza

Sudah tentu akhirnya financial planning atau rancangan kewangan adalah bersifat custom-made khas untuk pelanggan tersebut.

Perancang kewangan adalah menawarkan servis kewangan yang lebih baik atas beberapa sebab:

1) Pandangan perancang kewangan lebih kepada fakta kewangan.
Perancang kewangan akan analisis data kewangan pelanggan dan beri pandangan berdasarkan fakta sahaja. Tiada andaian dibuat tanpa asas.

2) Tidak menjual tapi memahami situasi kewangan pelanggan.

Perancangan kewangan tidak fokus menjual produk kewangan daripada syarikat tertentu. Tiada target dari leader untuk mencapai KPI jualan tertentu. Perancang kewangan hanya membuat analisis kewangan pelanggan, melihat hasrat kewangan pelanggan, seterusnya memberikan cadangan financial planning atau rancangan kewangan. Kadang-kadang tiada sebarang produk kewangan pun ditawarkan. Fokus 100% kepada penambahbaikan kewangan sedia ada sahaja.

3) Pengalaman Memberi Solusi Untuk Situasi Kewangan Berbeza
Setiap pelanggan mempunyai latar belakang kewangan yang sangat berbeza. Ditambah pula dengan hasrat kewangan yang sangat spesifik dan lain dari yang lain. Ini memerlukan perancang kewangan memberikan cadangan solusi yang terbaik untuk dicapai dengan keadaan situasi kewangan semasa pelanggan dan tempoh masa yang sesuai dicapai.

Perancang Kewangan Malaysia

perancang kewangan malaysia
perancang kewangan malaysia

Perancang kewangan menawarkan servis financial planning atau servis atau rancangan kewangan berbayar kepada pelanggan. Khidmat professional ini akan bersifat custom-made dan berbeza antara satu sama lain bergantung situasi kewangan dan hasrat pelanggan.

Apakah yang ditawarkan oleh Perancang Kewangan?

perancang kewangan - cash flow
perancang kewangan - cash flow

1) Analisis Cash Flow

Perancang kewangan perlu meneliti dan menganalisis cash flow pelanggan terlebih dahulu. Ini adalah asas kepada sebarang cadangan dan pelan financial planning atau rancangan kewangan yang akan dirangka oleh perancang kewangan. Pada peringkat ini, akan berlaku proses dimana pelanggan akan mula ragu-ragu untuk menyerahkan sepenuhnya maklumat perbelanjaan, namun jika pelanggan faham tentang kepentingan maklumat ini, mereka akan menyalurkan maklumat tepat sepenuhnya. Maklumat tidak lengkap atau palsu hanya menyebabkan perancang kewangan tersalah analisis data dan memberi gambaran kewangan yang salah kepada pelanggan. Bayangkan jika pelanggan menyorokkan perbelanjaan bulanan sebenar, kemudian setelah perancang kewangan buat analisis, akan di laporan mempunyai duit lebihan yang tinggi. Walhal setiap bulan, anda tidak cukup duit untuk dibelanjakan.

Adakah ini yang pelanggan mahu setelah membayar yuran professional seorang perancang kewangan?

Inilah konsep= garbage in, garbage out

Pastikan pelanggan jujur sepertimana seorang perancang kewangan jujur dengan laporan yang dibentangkan.

perancang kewangan - pelan pelaburan
perancang kewangan - pelan pelaburan

2) Pelan Pelaburan

Setelah melihat kepada tahap cash flow pelanggan, seorang perancang kewangan akan menentukan satu pelan pelaburan yang bersesuaian. Ini kerana, pelaburan seharusnya melibatkan duit lebihan sahaja tanpa menjejaskan perbelanjaan sedia ada pelanggan. Perancang kewangan juga akan melihat tempoh yang diperlukan untuk pelanggan mencapai sesuatu hasrat kewangan mereka. Biasanya pelan pelaburan akan selaras dengan hasrat kewangan seperti pelan pendidikan anak, pelan persaraan, hasrat untuk beli rumah kedua, hasrat memulakan perniagaan sendiri dan lain-lain lagi. Perancang kewangan tidak akan mencadangkan pelaburan secara membuta tuli dan sekadar mencari keuntungan maksimum sahaja. Banyak perkara perlu dipertimbangkan seperti kadar risiko dan tempoh untuk capai keuntungan yang diharapkan. Fakta kewangan yang datang daripada cash flow pelanggan, akan banyak membantu perancang kewangan membuat keputusan kepada cadangan pelan pelaburan yang akan dibentangkan.

perancang kewangan - perlindungan takaful
perancang kewangan - perlindungan takaful

3) Perlindungan Takaful

Selalunya jika tahap kewangan pelanggan adalah tidak terlalu tinggi, situasi ini memerlukan pelanggan menyerahkan risiko kewangan tersebut kepada takaful. Contohnya jika pelanggan tiada simpanan yang mampu menyara belanja diri dan keluarga selama 3 tahun, pelanggan perlu ada perlindungan takaful untuk tanggung kekurangan (gap) ini. Jika pelan pelaburan berjaya mencapai amaun yang mencukupi, maka pelanggan tidak lagi perlukan jumlah coverage perlindungan takaful yang tinggi. Inilah keperluan perlindungan takaful yang akan dilihat oleh seseorang perancang kewangan. Perlindungan takaful yang diperlukan oleh setiap individu adalah berbeza dan memerlukan analisis yang betul. Perancang kewangan melihat perkara ini dari sudut yang holistik dan bukan kiraan perbelanjaan dan gaji sedia ada pelanggan semata-mata.

Satu lagi faktor yang diambilkira oleh perancang kewangan adalah kemampuan seorang pelanggan mengambil polisi tersebut. Adakalanya perancang kewangan hanya akan mencadangkan polisi yang lebih murah untuk perlindungan yang kritikal terlebih dahulu. Setelah pelanggan mencapai sesuatu tahap kewangan yang lebih baik, perlindungan ini akan ditambah untuk cover perkara yang kedua kritikal dan seterusnya. Perancang kewangan tidak melulu mencadangkan sesuatu perlindungan tanpa melihat kemampuan membayar polisi takaful tersebut.


perancang kewangan - pelan persaraan
perancang kewangan - pelan persaraan


4) Pelan Persaraan

Memang betul setiap orang yang berkerja mempunyai KWSP, namun ramai yang tahu jumlah itu biasanya tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan sedia ada pelanggan. Begitu juga jika pelanggan itu kakitangan awam, dimana kiraan kasarnya duit persaraan adalah separuh daripada gaji terakhir perkhidmatan. Ini sudah tentu memberikan kesan kepada perbelanjaan biasa seorang pelanggan. Sudah tentu perancang kewangan akan melihat bagaimana tahap berbelanjaan itu dapat diteruskan dan dinikmati oleh pelanggan di hari persaraan mereka. Perancang kewangan akan mencadangkan pelan yang bersesuaian untuk dicapai sebelum tempoh bersara. Pelanggan juga perlu faham akan tahap risiko pelaburan yang perlu diambil untuk capai sekiranya tempoh ada pendek. Jika pelanggan takut, maka target pelaburan tak capai. Pelanggan harus buat keputusan mengenai perkara tersebut. Sudah pasti, perancang kewangan akan mencadangkan satu pelan pelaburan dengan risiko paling sesuai dengan situasi pelanggan. Tugas perancang kewangan adalah untuk memberitahu fakta tentang keputusan yang pelanggan perlu buat dan ambil.

perancang kewangan - pelan pendidikan anak
perancang kewangan - pelan pendidikan anak


5) Pelan Pendidikan Anak-anak

Jika anda mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, inilah masanya untuk anda memulakan pelan pendidikan anak. Masa yang panjang memberikan anda satu kelonggaran untuk melabur dengan kadar yang lebih rendah. Jika tempoh pendek, maka anda memerlukan modal yang besar dan tahap risiko yang lebih agresif untuk mencapai hasrat kewangan anda. Perancang kewangan akan melihat target kewangan yang ingin dicapai dalam pelan pendidikan anak-anak dari sudut kos pendidikan dan inflasi. Kos pendidikan boleh berfaktorkan pendidikan dalam negara atau luar negara, kursus perubatan, kejuruteraan atau bukan sains yang lebih rendah kos.

Perancang kewangan juga akan merangka suatu pelan financial planning atau rancangan kewangan yang mampu milik berdasarkan kewangan semasa pelanggan.

perancang kewangan
perancang kewangan - penyelesaian hutang

6) Pelan Penyelesaian Hutang

Kadang-kadang sebelum seorang pelanggan memulakan sebarang pelan, setelah dianalisis, mungkin seorang perancang kewangan akan mencadangkan pelanggan untuk menyelesaikan hutang terlebih dahulu. Perancang kewangan akan membentangkan satu pelan financial planning atau rancangan kewangan untuk pelanggan menyelesaikan hutang tesebut secepat mungkin.

Adakalanya perancang kewangan akan diminta oleh pelanggan untuk menyelesaikan hutang sedia ada seperti hutang rumah, hutang peribadi, hutang pendidikan dan lain-lain dengan lebih cepat. Maka perancang kewangan akan merangka satu pelan yang spesifik contohnya fokus mengurangkan nilai prinsipal hutang rumah atau penukaran kadar interest sesuatu pinjaman. Tidak semestinya hutang yang jahat sahaja akan diuruskan perancang kewangan. Kadang-kadang hutang baik pun boleh diuruskan oleh perancang kewangan sekiranya itulah hasrat kewangan pelanggan.


Kesimpulan Perancang Kewangan

Financial planning atau rancangan kewangan, memerlukan komitment dari kedua-dua pihak. Jika pelanggan benar-benar ingin keluar dari kemelut dan masalah kewangan, financial planner adalah solusinya.

Financial planning atau rancangan kewangan yang baik mampu memberi solusi kepada setiap masalah kewangan anda. Namun perlu ingat, setiap solusi memerlukan komitmen, masa dan motivasi dari anda.




Jika anda berminat merancang kewangan anda dengan lebih teratur, boleh dapatkan sesi Google Meet PERCUMA 30 minit, dengan mengisi borang di bawah:



Lawati Facebook Page Kami = https://www.facebook.com/financialplannermalaysia

Lawati Youtube Channel Kami = https://www.youtube.com/@financialplannermalaysia

Catat Ulasan

0 Ulasan