5 Sebab Anda Perlukan Financial Planner atau Perancang Kewangan
Financial Doctor anda...Investment Portfolio-Takaful-Wasiat Hibah-Tax-Debt Restructure-Retirement Planning-Hajj Planning

5 Sebab Anda Perlukan Financial Planner atau Perancang Kewangan

5 Sebab Anda Perlukan Financial Planner atau Perancang Kewangan

prioriti dalam kewangan financial planner
prioriti dalam kewangan 

Financial Planner atau Perancang Kewangan masih baru bagi anda. Kadang-kadang kita tertanya-tanya sama ada kita perlukan servis mereka atau tidak. Masakan tidak, setiap bulan kita boleh urus belanja harian dan bulanan dengan mudah.

Tapi ramai yang tak tahu, apabila mula berkahwin dan mempunyai anak, ibu bapa yang semakin tua, maka komitmen kewangan semakin bertambah. Keperluan untuk membuat pelaburan demi masa depan keluarga juga semakin meningkat. Ada yang mula berfikir untuk membeli rumah kedua atau rumah pelaburan kan?

Anda bercadang nak buat pelaburan dengan mula beli rumah. Kata orang kalau beli rumah tak rugi. Rumah adalah sejenis aset yang akan sentiasa naik harga, tapi masih ragu-ragu samada ia adalah perancangan yang betul? Atau ingin melabur dalam saham tapi risau duit melebur? Dengar ramai yang trade tapi ada untung ada rugi.

Kalau situasi anda begini, jom kita berkenalan dengan financial planner atau perancang kewangan dan khidmat yang mereka tawarkan.

Apabila kita berjumpa dengan financial planner, perkara yang akan dibincangkan adalah berkenaan tabiat perbelanjaan, pengurusan hutang, masalah kewangan yang sedang dihadapi, dan matlamat kewangan untuk tempoh jangka pendek, jengka sederhana dan jangka panjang.

Financial planner juga perlu menganalisis akaun bank, aset atau liabiliti semasa dan bukan semasa, dan polisi takaful sedia ada, agar mereka dapat mengoptimumkan duit melalui kaedah berstruktur yang betul.

Kepentingan Khidmat Financial Planner


khidmat financial planner
khidmat financial planner

 

Sebab 1: Menetapkan jumlah simpanan atau pelaburan untuk mencapai matlamat kewangan

simpanan dan pelaburan financial planner
simpanan dan pelaburan

Setiap orang mempunyai perancangan kewangan mereka sendiri dan berbeza antara satu sama lain bergantung prioriti mereka. Mereka yang masih mempunyai anak kecil, akan mengutamakan perancangan pendidikan anak, manakala mereka yang ada tempoh 10-20 tahun sebelum pencen akan mula memerhatikan keperluan perancangan hari persaraan mereka.

Rancangan jangka panjang seperti pelan pendidikan anak di universiti untuk 10 tahun akan datang atau pelan bersara sebelum umur 60 tahun, boleh dikongsikan kepada perancang kewangan untuk memudahkan mereka menetapkan jumlah simpanan minimum yang perlu anda ada.

Dari situ, mereka dapat membuat jangkaan berapa yang perlu disimpan setiap bulan dan instrumen pelaburan yang bersesuaian bagi mencapai matlamat kewangan tersebut.


Sebab 2: Menyediakan bajet kewangan sesuai dengan perbelanjaan semasa


bajet kewangan semasa financial planner
bajet kewangan semasa

Pernah tak anda alami situasi, dimana tak sampai pun hujung bulan dah sesak. Bajet bulanan dah buat tapi tetap sangkut sebelum hujung bulan. Ada je perbelanjaan luar jangka yang berlaku.

Jika kita dapati gaji atau sumber pendapatan kita disalahgunakan ke tempat yang tak sepatutnya, maka perancang kewangan boleh membantu kita sediakan bajet yang bersesuai selepas meneliti segala perbelanjaan anda.

Ilmu membezakan keperluan vs kehendak akan menjadi kata pemutus dalam situasi ini.

Financial planner boleh bantu dengan cara menganalasis segala butiran perbelanjaan bulanan. Pelanggan perlu berkongsi maklumat secara jujur kepada financial planner. Contohnya bayaran bulanan untuk tempat tinggal (seperti rumah sewa dan rumah sendiri), makanan dan minuman, nafkah isteri dan anak-anak (sekiranya sudah berkahwin), dan pengangkutan (sama ada persendirian atau awam).


Sebab 3: Menguruskan perancangan pelaburan anda

perancangan pelaburan financial planner
perancangan pelaburan

Setelah anda mempunyai bajet lebihan untuk simpanan barulah kita melabur. Itupun dengan syarat, telah mempunyai perlindungan takaful mencukupi dan mempunyai duit simpanan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji, maka pelaburan boleh dibuat ke dalam instrumen yang lebih berisiko seperti REIT (Real Estate Investment Trust), Unit trust, wang crypto, emas dan juga saham.

Perancang kewangan boleh menjelaskan kepada kita kelebihan dan kekurangan melabur dalam instrumen tersebut.


Sebab 4: Menilai semula perlindungan polisi takaful anda

review polisi takaful financial planner
review polisi takaful

Terdapat dua perkara yang asas iaitu adakah anda terkurang perlindungan (under protected) atau terlebih perlindungan (over protected). Adakah anda pasti perlindungan yang anda ambil mencukupi atau tidak.

Asas seterusnya kita perlu melihat bentuk perlindungan yang kritikal samada perlindungan perubatan (medical card), perlindungan terhadap penyakit kritikal (Critical Illness) dan perlindungan nyawa (life atau hibah takaful).

Walaupun kita fikir yang kita sudah dapat perlindungan yang menyeluruh, financial planner akan menilai semula polisi takaful dalam konteks kewangan yang lebih holistik, contohnya kadar bayaran premium bulanan takaful tersebut tidak membebankan dan rider-rider di dalam polisi sesuai atau tidak.


Sebab 5: Membantu anda  membayar cukai dengan bijak



Ada orang yang membayar cukai dengan bijak dan ada yang tidak bijak. Ini dapat dilihat dengan jelas oleh seorang Financial Planner berdasarkan senarai declaration anda setiap tahun. Pengetahuan tentang perkara seperti item pengecualian cukai dan perkara di luar senarai sangat penting dalam membantu pelanggan mendapatkan bayaran yang sepatutnya.

Ini bukan bermaksud Financial planner boleh membuatkan anda mengelak cukai, tapi mengurangkan cukai kepada jumlah yang optimum berdasarkan kelayakan yang dibenarkan oleh pihak LHDN.

penpengurangan cukai pendapatan financial planner
pengurangan cukai pendapatan

Jika anda berminat survey-survey sama ada anda perlu atau tidak terdapat khidmat financial planner ini, anda boleh dapatkan sesi PERCUMA 30 minit google meet dengan financial planner dan sembang-sembang tentang situasi kewangan anda.

Slot adalah terhad, pastikan anda isi segera form di bawah:



Lawati Facebook Page Kami = https://www.facebook.com/financialplannermalaysia

Lawati Youtube Channel Kami = https://www.youtube.com/@financialplannermalaysia


Catat Ulasan

0 Ulasan