Pengecualian Cukai 2022
pengecualian cukai lhdn |
Senarai Pelepasan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2022 LHDN (e-Filing 2023)
Untuk makluman, anda perlu mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2022 dan Tahun Saraan 2022 melalui e-Filing bagi pembayar cukai individu dan selain individu iaitu Borang BE, B, M, BT, MT, P, TF, TP dan E.
Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menyenaraikan pelepasan cukai individu pemastautin bagi tahun taksiran 2022 bermula 1/3/2023.
Berikut adalah senarai Pelepasan yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai atau e-filing yang akan dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri, melalui e-filing bermula 1 Mac 2023 nanti.
Sama ada seseorang itu dikenakan cukai individu atau tidak, adalah bergantung kepada taraf mastautinnya. Individu bermastautin akan dikenakan cukai mengikut kadar cukai berskala serta layak menuntut potongan menurut seksyen 45A ACP hingga seksyen 49 ACP. Manakala individu bukan pemastautin dikenakan cukai pada kadar tetap 30% dan tidak layak menikmati sebarang potongan.
Sebarang punca pendapatan daripada luar Malaysia yang dibawa masuk ke Malaysia adalah dikecualikan cukai. Bermaksud jika anda bekerja dan dibayar gaji dari sumber di luar negara adalah dikecualikan cukai.
Bil. |
Jenis Potongan Individu |
Amaun (RM) |
1 |
Individu dan saudara tanggungan |
9,000 |
2 |
Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) |
8,000 (Terhad) |
3 |
Perbelanjaan pembelian peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya) |
6,000 (Terhad) |
4 |
Individu kurang upaya |
6,000 |
5 |
Yuran pengajian (Sendiri):
|
7,000 (Terhad) |
6 |
Perbelanjaan perubatan bagi:
|
8,000 (Terhad)
|
7 |
Perbelanjaan (Terhad RM1,000) bagi:
|
|
8 |
Gaya hidup - Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:
|
2,500 (Terhad) |
9a |
Gaya hidup - Pelepasan tambahan kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:
|
500 (Terhad) |
9b |
Gaya hidup – Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak dan bukan untuk kegunaan perniagaan |
2,500 (Terhad) |
10 |
Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran) |
1,000 (Terhad) |
11 |
Bayaran bagi yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar |
3,000 (Terhad) |
12 |
Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Tabungan bersih adalah jumlah simpanan dalam tahun 2022 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2022) |
8,000 (Terhad) |
13 |
Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri |
4,000 (Terhad) |
14 |
Suami / Isteri kurang upaya |
5,000 |
15a |
Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun |
2,000 |
15b |
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) |
2,000 |
15b |
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
|
8,000 |
15c |
Anak Kurang upaya |
6,000 |
Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. | 8,000 | |
16 |
Insuran nyawa dan KWSP
|
7,000 (Terhad) |
17 |
Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh (Deferred Annuity) |
3,000 (Terhad) |
18 |
Insurans pendidikan dan perubatan |
3,000 (Terhad) |
19 |
Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 |
350 (Terhad) |
20 |
Perbelanjaan pelancongan domestik bagi:
|
1,000 (Terhad) |
21 |
Perbelanjaan bayaran pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa-beli peralatan atau langganan bagi penggunaan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kenderaan sendiri (Bukan untuk kegunaan perniagaan) |
2,500 (Terhad) |
Jika
anda berminat survey-survey sama ada anda perlu atau tidak terdapat
khidmat financial planner, anda boleh dapatkan sesi PERCUMA 30 minit
google meet dengan financial planner dan sembang-sembang tentang
situasi kewangan anda.
Slot adalah terhad, pastikan anda isi segera form di bawah:
Lawati Facebook Page Kami = https://www.facebook.com/financialplannermalaysia
Lawati Youtube Channel Kami = https://www.youtube.com/@financialplannermalaysia
0 Ulasan