Cara Penyatuan Hutang | Debt Consolidation
Financial Doctor anda...Investment Portfolio-Takaful-Wasiat Hibah-Tax-Debt Restructure-Retirement Planning-Hajj Planning

Cara Penyatuan Hutang | Debt Consolidation

Cara Penyatuan Hutang | Debt Consolidation

 

Cara Penyatuan Hutang

Bagi individu yang terbeban dengan pelbagai hutang di bank, sama ada bayaran pinjaman peribadi atau pun kad kredit, penyatuan hutang adalah antara kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah ini.


Apakah yang dimaksudkan dengan ‘debt consolidation’ atau penyatuan hutang ini?

Penyatuan hutang atau dikenali sebagai debt consolidation merupakan teknik yang digunakan untuk mengurangkan bayaran bulanan yang dibayar kepada bank dengan cara membuat pinjaman peribadi baru yang akan digunakan untuk menyelesaikan pinjaman lama.

Hutang-hutang lama dari pelbagai akaun akan dihimpunkan dan diselesaikan menggunakan wang pinjaman yang baru ini. Dengan ini, peminjam hanya perlu membuat pembayaran untuk satu akaun sahaja selepas ini.

 

Siapa yang perlu guna kaedah ini?

Kaedah ini sangat sesuai bagi individu atau peminjam yang ingin mengurangkan bayaran ansuran bulanan pinjaman di bank. Bagi mereka yang mempunyai banyak akaun pinjaman atau kad kredit di bank-bank berbeza, kaedah ‘debt consolidation’ ini lebih memudahkan kerana boleh membuat  bayaran di satu bank sahaja selepas ini.

 

 

Cara Penyatuan Hutang

Apakah kebaikan Penyatuan Hutang?


1.    Kadar Bayaran Ansuran bulanan yang lebih rendah

Bebanan hutang melampau boleh menjejaskan kehidupan seharian.Bagi meringankan komitmen kewangan bulanan, Teknik penyatuan hutang boleh digunakan untuk mendapatkan kadar ansuran bulanan yang lebih rendah dan berpatutan daripada pihak bank.

2.     Penjimatan untuk kadar faedah

Mempunyai pelbagai hutang sedia ada di bank-bank yang berbeza menyebabkan kadar faedah yang dibayar juga meningkat.’Debt consolidation’ meringankan beban kewangan anda dengan menawarkan kadar faedah yang lebih rendah kerana anda hanya perlu membayar kepada satu akaun sahaja dengan satu kadar faedah sahaja.

Kadar faedah yang lebih rendah akan memberi penjimatan bayarab bulanan yang sangat banyak.

Kadar faedah berbeza mengikut bank tetapi selari dengan kadar asas yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

3.     Satu bayaran balik sahaja

Anda akan lebih fokus dan mudah untuk menguruskan satu hutang sahaja berbanding dengan perlu membayar kepada banyak akaun dari bank-bank yang berbeza setiap bulan. Proses penyelesaian hutang akan menjadi lebih terurus dan mudah.


Cara Penyatuan Hutang | Debt consolidation

 

debt consodilation


1.Senaraikan semua hutang

Tuliskan kesemua pinjaman yang telah dibuat di bank termasuk kad kredit jika ada

 

2. Semak baki hutang

Senaraikan baki hutang terkini. Anda boleh menghubungi pihak bank bagi mengetahui jumlah yang tepat kerana adakalanya jumlah yang dipaparkan secara ‘online’ tidak tepat.

Tuliskan juga kadar faedah semasa dan jumlah ansuran bulanan.

 

3.  Jumlah hutang total

Kira jumlah keseluruhan hutang anda yang terkini

 

4.  Pilih pinjaman baru

Biasanya pegawai bank atau perancang kewangan bertauliah, akan memberikan cadangan produk kewangan yang bersesuaian dengan keadaan hutang anda. Mereka akan mengesyorkan pinjaman dengan kadar faedah yang lebih rendah dan bayaran ansuran bulanan yang lebih menjimatkan.

 

5. Membuat permohonan pinjaman baru

Anda boleh membuat permohonan pinjaman baru dengan cara terus ke bank atau menerusi perancang kewangan bertauliah yang akan membantu menguruskan permohonan anda.


 

Kesimpulannya,’debt consolidation’ atau penyatuan hutang boleh dipertimbangkan sebagai satu Teknik berkesan dalam menguruskan bebanan komitmen bulanan yang tinggi. Walaubagaimanapun, pastikan anda boleh menguruskan kewangan dengan baik dan tidak terjebak dengan hutang-hutang baru yang menambah beban di poket selepas ini.Aliran tunai yang positif sangat penting supaya hidup lebih aman dan tenang. Dapatkan khidmat nasihat kewangan daripada perancang kewangan bertauliah bagi membantu anda untuk lebih cekap menguruskan wang anda setiap bulan.

 

Adakah anda rasa anda perlukan debt consolidation? Anda pasti? Dapatkan sesi PERCUMA 30 minit google meet untuk sembang-sembang situasi kewangan anda dan apa yang kami boleh bantu anda.

 Slot adalah terhad, pastikan anda isi segera form di bawah:



Lawati Facebook Page Kami = https://www.facebook.com/financialplannermalaysia

Lawati Youtube Channel Kami = https://www.youtube.com/@financialplannermalaysia


Catat Ulasan

0 Ulasan