Cara Selesai Hutang Rumah Awal
Financial Doctor anda...Investment Portfolio-Takaful-Wasiat Hibah-Tax-Debt Restructure-Retirement Planning-Hajj Planning

Cara Selesai Hutang Rumah Awal

 


cara selesai hutang rumah awal
Loan rumah adalah pinjaman yang paling lama berbanding pinjaman lain, seperti pinjaman peribadi atau pinjaman kenderaan.Anda perlu bersedia untuk menanggung komitmen bulanan yang lebih panjang tempohnya dan juga bayaran bulanan yang agak tinggi mengikut harga rumah yang telah dibeli.

Pastinya semua orang berkeinginan untuk memiliki kediaman sendiri. Bagi yang sudah memiliki rumah sendiri, artikel ini wajib anda baca jika nak tahu cara selesaikan hutang rumah lebih awal.

 

Kenapa anda perlu selesaikan hutang rumah dengan lebih cepat?

 

  •  Lagi cepat habis bayar loan rumah, lagi cepat anda bebas dari cengkaman hutang besar.
  • Lagi pendek tempoh pinjaman,semakin kurang jumlah faedah yang perlu anda ‘sedekahkan’ kepada pihak bank.

 

Jadi, bagaimana nak selesaikan hutang rumah lebih awal?

 

hutang rumah


1.       Pilih pinjaman yang menawarkan kadar faedah yang rendah

 Setiap bank akan menawarkan pelbagai pakej pinjaman rumah dengan tawaran kadar faedah yang pelbagai. Ada bank yang menawarkan rebat, cashback atau pun kadar faedah yang rendah.

 

Pemilihan pinjaman bukan sahaja bergantung kepada jumlah pendapatan bulanan, tetapi yang paling penting, kemampuan untuk membayar jumlah yang ditetapkan oleh pihak bank pada setiap bulan. Kadar faedah yang rendah akan mempengaruhi jumlah bayaran bulanan yang perlu dibayar.

 

 

Bayar lebih deposit pembelian rumah
 

Kadar deposit pembelian rumah yang biasa adalah sebanyak 10% daripada nilai rumah yang dibeli. Jika anda mempunyai kemampuan yang lebih dan ingin selesaikan hutang rumah lebih awal, kaedah bayar lebih dari 10% untuk deposit rumah, boleh digunapakai.

 

Semakin besar deposit yang anda sediakan, semakin kurang jumlah pembiayaan yang perlu anda mohon dari bank. Dengan itu, semakin kecil juga bayaran ansuran bulanan. Seterusnya, anda boleh selesaikan hutang rumah dengan lebih cepat.

 

Contoh:

 

Deposit               : 10% =RM30 000

 Harga rumah    : RM300 000

 Kadar faedah    : 4% setahun

Total harga termasuk faedah: RM464047

Tempoh               :30 tahun

Bayaran bulanan: RM1289

 

Deposit               : 20% =RM60 000

 Harga rumah    : RM300 000

 Kadar faedah    : 4% setahun

Total harga termasuk faedah: RM412 486

Tempoh               :30 tahun

Bayaran bulanan: RM1145

 

Dengan bayaran deposit sebanyak 20%, anda boleh jimat sebanyak RM51561 (RM464,047- RM412,486).

 


wealth advisor malaysia



3.       Mohon pinjaman jenis flexi atau semi-flexi

Terdapat 3 kategori pinjaman perumahan yang boleh anda mohon mengikut bank-bank yang menawarkannya.

 

1.       Loan rumah jenis basic term

Amaun bayaran bulanan  tetap mengikut surat tawaran pinjaman

Tidak ada pengurangan kadar faedah

Tidak dapat pendekkan tempoh pinjaman

Bayaran extra akan dibawa ke bulan seterusnya

 

2.       Loan rumah jenis full-flexi

Amaun bayaran bulanan adalah fleksibel

Bayaran extra akan kurangkan principal dan faedah pinjaman

Tidak banyak bank yang menawarkan pinjaman jenis ini

Boleh buat pembayaran extra pada bila-bila masa dengan caj yuran bulanan sekitar RM5-RM10

Kadar faedah pinjaman lebih tinggi daripada biasa

Boleh keluarkan bayaran extra jika diperlukan dengan caj pengeluaran sebanyak RM10.Bayaran boleh diperolehi segera

 

 

3.       Loan rumah jenis semi-flexi

Amaun bayaran bulanan adalah fleksibel

Bayaran extra akan kurangkan principal dan faedah pinjaman

Boleh keluarkan bayaran extra jika diperlukan dengan caj pengeluaran sebanyak RM50 untuk setiap pengeluaran.Bayaran akan diperolehi dalam tempoh 5 hari.

 

 

loan rumah


4.       Bayar extra setiap bulan

Dengan pinjaman jenis flexi atau semi flexi,anda boleh membayar lebih sedikit daripada jumlah ansuran yang perlu dibayar setiap bulan. Bayaran extra untuk principal loan rumah ini akan turut mengurangkan kadar faedah yang perlu dibayar kepada bank. Penambahan sekecil RM100 sebulan untuk loan rumah anda memberi impak besar dan pengurangan berpuluh ribu ringgit untuk keseluruhan jumlah pinjaman anda.

 

5.       Bayar extra setiap tahun

Maksud bayaran extra di sini ialah anda menyediakan fixed amount, contohnya RM3000 untuk dimasukkan sebagai bayaran principal loan rumah anda. Dengan bayaran extra ini, tempoh pinjaman akan dapat dipendekkan dan seterusnya mengurangkan berpuluh ribu ringgit jumlah kadar faedah yang perlu dibayar kepada bank.

 

6.       Bayar guna KSWP

Duit di dalam akaun 2 KWSP anda boleh digunakan untuk membayar deposit rumah ataupun bayaran ansuran loan rumah. Anda boleh jadikan duit ini sebagai extra payment untuk loan rumah anda.Anda boleh jadikan sebagai deposit bagi mengurangkan jumlah pinjaman.Anda juga boleh gunakan untuk bayar extra RM100 atau lebih setiap bulan. Anda juga boleh gunakan duit ini untuk bayar extra setiap tahun. Atau pun anda juga boleh gunakan untuk kurangkan jumlah principal dengan meletakkan secara lump-sum RM50 000 atau apa-apa amaun extra yang anda kehendaki.

Kesemua cara ini akan mengurangkan tempoh pinjaman dan menjimatkan kadar faedah yang perlu dibayar kepada bank.

 

7.       Refinance

Kaedah ini memerlukan anda untuk memohon pinjaman baru dengan kadar faedah yang lebih rendah dan duit ini akan digunakan untuk membayar baki  loan lama rumah anda.

Kaedah ini sesuai bagi peminjam yang masih mempunyai baki pinjaman lebih daripada 10 tahun.

 


wealth advisor


 

Diharapkan agar artikel ini dapat membantu anda memilih cara terbaik bagi menguruskan hutang rumah anda. Jika anda tidak mempunyai komitmen bulanan lain yang membebankan, elok untuk dipertimbangkan cadangan-cadangan di atas sebagai cara untuk selesaikan loan rumah anda dengan lebih awal. Hutang cepat habis, hidup pastinya lebih tenang.

 

 

 


Adakah anda rasa anda mencari kaedah cara selesaikan hutang rumah anda lebih awal? Anda nak bersedia untuk pencen bebas hutang? Dapatkan sesi PERCUMA 30 minit google meet untuk sembang-sembang situasi kewangan anda dan apa yang kami boleh bantu anda.

 Slot adalah terhad, pastikan anda isi segera form di bawah:



Lawati Facebook Page Kami = https://www.facebook.com/financialplannermalaysia



 

Catat Ulasan

0 Ulasan