Cara Selesai Personal Loan Cepat Segera
Financial Doctor anda...Investment Portfolio-Takaful-Wasiat Hibah-Tax-Debt Restructure-Retirement Planning-Hajj Planning

Cara Selesai Personal Loan Cepat Segera

 

 

cara selesai loan

 Ramai dalam kalangan kita yang tidak mempunyai duit simpanan yang melimpah ruah.Pergi kerja,balik kerja dengan gaji yang cukup-cukup makan atau hanya gaji minimum yang sangat rendah.Bagi yang bergaji besar, ada juga keperluan-keperluan lain yang memerlukan wang extra yang banyak yang tidak dapat ditampung oleh pendapatan bulanan.

Melangsungkan perkahwinan, menyambung pelajaran, membiayai kos perubatan, mengubahsuai kediaman atau pun memulakan perniagaan, adalah antara sebab-sebab ramai daripada kita memilih untuk mengambil pinjaman peribadi.

 

Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), separuh daripada rakyat Malaysia mengaku menghadapi kesukaran untuk mengumpul RM1,000 untuk kegunaan kecemasan. Satu daripada lima dewasa yang bekerja mengatakan bahawa mereka tidak menabung dalam enam bulan terakhir dan hampir tiga daripada 10 individu terpaksa meminjam wang untuk membeli keperluan asas.


Artikel ini ditulis khusus untuk anda yang tak mahu terperangkap lama dalam hutang personal loan. Berikut ialah beberapa cara yang ‘proven’, untuk anda selesaikan hutang personal loan atau kad kredit anda dengan segera.


 Cara Selesai Personal Loan dengan Cepat


1.       Bayar hutang dengan faedah yang lebih tinggi dahulu

Personal loan dengan kadar faedah yang tinggi menjadikan bayaran ansuran bulanan juga tinggi. Jadi, selesaikan hutang yang paling besar ini dahulu sebelum anda beralih kepada hutang-hutang lain.

 

cara selesai personal loan

2.       Bayar extra

Jika anda mempunyai hutang kad kredit, pastinya ada jumlah minimum yang perlu anda jelaskan setiap bulan. Ambil Tindakan proaktif untuk membayar lebih daripada jumlah minimum yang ditetapkan supaya lebih cepat hutang anda diselesaikan. Gunakan kad kredit apabila betul-betul diperlukan sahaja dan seboleh-bolehnya selesaikan amaun yang anda gunakan itu sebelum sampai tempoh matang supaya tiada caj tambahan dikenakan.

 

3.       Tambah pendapatan

Ekonomi gig yang berkembang pesat dalam negara kita memberi peluang kepada ramai orang untuk mempunyai lebih daripada satu pekerjaan. Anda boleh mempunyai pekerjaan yang tetap dan pada masa yang sama, membuat pekerjaan lain secara separuh masa bagi menambahkan pendapatan bulanan. Jika anda mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu seperti menulis, menterjemah atau melukis, anda boleh bergerak sebagai ‘freelancer’ yang bebas mengatur waktu kerjanya sendiri kerana tidak terikat dengan mana-mana syarikat. Pilihan lain yang ada, anda boleh cuba untuk menjadi rider penghantar barang atau makanan, memandu ‘grab car’ atau pun menjual makanan yang dimasak di rumah.

 

4.       Teknik snowball

Kaedah ini memerlukan anda menyenaraikan kesemua hutang anda termasuk kadar faedah dan jumlah ansuran bulanan. Pilih untuk selesaikan hutang yang paling kecil terlebih dahulu sehingga habis.Salurkan lebihan pendapatan jika ada, untuk bayar extra setiap bulan sehingga selesai. Apabila loan ini sudah habis dibayar, anda teruskan pula dengan hutang yang lain. Ambil jumlah ansuran untuk hutang yang mula-mula dibayar tadi, dan jadikan ia sebagai bayaran extra untuk hutang kedua yang ingin dibayar ini.

 

Anda boleh baca lebih lanjut berkenaan teknik snowball DI SINI

 

 

hutang

 

Kesimpulannya, berhutang boleh menjadi keperluan mendesak dan boleh jadi juga pilihan gaya hidup.Yang hidup sekadarnya, mungkin terpaksa berhutang untuk mencukupkan keperluan hidup. Yang melebihkan kehendak daripada keperluan, ramai yang terjerat dengan hutang kad kredit atau pinjaman peribadi yang tidak perlu.

 

Menurut AKPK, penyebab utama kemuflisan ialah pinjaman peribadi (32.07%), sewa beli (21.53%), pinjaman perumahan (12.57%), pinjaman perniagaan (10.15%) dan kad kredit (10%).

 

Apa-apa pun, keputusan di tangan sendiri. Pinjam dengan bijaksana dan ukur kemampuan membayar balik pinjaman ikut poket sendiri. Jangan nanti sedap meminjam ratusan ribu, akhirnya tersungkur diisytihar muflis kerana culas tak mampu bayar.

 

 


 

 

Adakah anda rasa desperate untuk selesaikan Personal Loan cepat? Anda rimas tak habis-habis bayar loan? Dapatkan sesi PERCUMA 30 minit google meet untuk sembang-sembang situasi kewangan anda dan apa yang kami boleh bantu anda.

 Slot adalah terhad, pastikan anda isi segera form di bawah:



Lawati Facebook Page Kami = https://www.facebook.com/financialplannermalaysia



Catat Ulasan

0 Ulasan