Pastinya anda pernah mendengar atau terbaca mengenai Central Credit Reference Information System atau akronimnya,CCRIS. CCRIS ialah singkatan bagi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (atau Central Credit Reference Information System).
Dengan bahasa mudahnya, laporan CCRIS ni adalah sejarah
kewangan anda dan sangat penting dalam menentukan permohonan pinjaman anda
diluluskan atau ditolak oleh bank.
Menurut definisi yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia, CCRIS
ialah satu rekod laporan yang menyenaraikan sejarah pembiayaan dan pembayaran
balik peminjam dalam tempoh masa 12 bulan yang lalu, seperti yang dilaporkan
oleh institusi kewangan peserta bagi memudahkan pengurusan risiko kredit antara
bank.
CCRIS merupakan salah satu sumber maklumat yang digunakan
institusi kewangan peserta untuk membantu mereka memeriksa sejarah kredit
peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka.
CCRIS akan memproses data yang diterima daripada institusi
kewangan peserta(peminjam) dan menggabungkannya menjadi laporan kredit.
Laporan ini akan disediakan kepada institusi kewangan,
peminjam (atas permintaan) dan agensi pelaporan kredit yang diluluskan (dengan
persetujuan peminjam).
Menurut Bank Negara Malaysia lagi, CCRIS hanya menyimpan
butiran pembiayaan dan sejarah pembayaran balik peminjam. Ia BUKAN senarai nama
peminjam dengan sejarah pembayaran balik yang lemah. CCRIS bukanlah sistem yang
menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak.
MENGAPAKAH CCRIS DITUBUHKAN OLEH BANK NEGARA MALAYSIA ?
Pelaporan kredit peminjam dalam CCRIS memberikan kemudahan
kepada institusi perbankan untuk membuat keputusan pemberian pinjaman dengan
lebih cepat dan baik berdasarkan maklumat yang mencukupi.
Laporan CCRIS terbahagi kepada tiga bahagian penting:
Kredit Yang Tertunggak - Bahagian ini akan memaparkan hutang yang belum habis bayar termasuk yang dipinjam secara individu, pinjaman bersama, dan pinjaman perniagaan atau komersial.
Akaun Pemerhatian Khusus (Special Attention Accounts) - Bahagian ini akan memaparkan pinjaman tertunggak yang diletakkan di bawah pemantauan khas. Ini termasuklah penstrukturan semula pembayaran pinjaman bank.
Permohonan Kredit - Bahagian ini akan memaparkan sebarang
permohonan kredit atau pinjaman yang sedang diproses, atau yang sudah
diluluskan dalam tempoh 12 bulan lepas.
Siapa yang boleh mengakses Laporan CCRIS?
- Mana-mana peminjam individu atau syarikat untuk laporan kredit sendiri;
- Mana-mana peminjam individu untuk laporan kredit perniagaan sendiri, iaitu milikan tunggal, perkongsian atau badan profesional;
- Institusi kewangan, untuk sebarang permohonan kredit dan semasa menyemak kelayakan kredit pelanggan sedia ada; dan
- Agensi Pelaporan Kredit yang diluluskan oleh BNM dengan kebenaran daripada peminjam.
Selain itu, Laporan CCRIS juga boleh dipohon bagi pihak:
Cara dapatkan Laporan CCRIS
1. Portal eCCRIS oleh pengguna berdaftar
2. Kiosk CCRIS
Terdapat di premis Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di seluruh negara.
3. Agensi Pelaporan Kredit yang diluluskan
- Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd
- CTOS Data Systems Sdn Bhd
- Experian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd
- Agensi Pelaporan Kredit mungkin mengenakan bayaran untuk khidmat mereka.
Cara mendaftar untuk mengakses eCCRIS secara dalam talian
Pendaftaran secara dalam talian adalah lebih mudah dan selamat. Pengguna individu baharu
warganegara Malaysia yang mempunyai talian Internet kini
boleh mendaftar dan mendapatkan
laporan CCRIS mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana
sahaja. Untuk mengetahui lebih lanjut
tentang laporan CCRIS, sila klik DI SINI
Anda dah lihat keadaan kewangan anda melalui CCRIS Report? Anda risau keadaan menjadi lebih buruk dengan bayaran yang lambat dan skor makin teruk? Dapatkan sesi
PERCUMA 30 minit google meet untuk sembang-sembang situasi kewangan anda
dan apa yang kami boleh bantu anda.
Lawati Facebook Page Kami = https://www.facebook.com/financialplannermalaysia
0 Ulasan