10 Langkah Untuk Financial Freedom
Financial Doctor anda...Investment Portfolio-Takaful-Wasiat Hibah-Tax-Debt Restructure-Retirement Planning-Hajj Planning

10 Langkah Untuk Financial Freedom

 10 Langkah Untuk Financial Freedom

 

Financial Freedom
Financial Freedom

Apakah Financial Freedom atau Bebas Kewangan?

Adakah bebas hutang? Tidak....Financial freedom atau bebas kewangan bermaksud mempunyai lebihan duit dan juga simpanan, walaupun setelah berbelanja. Apabila kita tidak lagi risau tentang berbelanja selepas membayar komitmen hutang dan simpanan, inilah financial freedom sebenarnya.

Financial freedom bagi setiap orang adalah berbeza. Ini bergantung kepada gaya hidup seseorang. Ada orang merasakan gaji RM3000 cukup, tapi ada orang bergaji RM20,000 sebulan pun masih rasa tak cukup. Anda yang define atau tentukan tahap financial freedom anda.

Ramai yang rasakan apabila mereka sudah mempunya suatu simpanan wang yang banyak, maka mereka telah mencapai financial freedom. Namun, sebagai langkah awal, jika anda dapat melangsaikan semua hutang-hutang anda, adalah langkah awal untuk mencapai financial freedom. Ada orang kaya yang tidak financial freedom, ada orang biasa yang sudah financial freedom. Hutang banyak juga menjadikan orang yang kaya tidak financial freedom. Begitu juga sebaliknya....

 

1) Rekod Perbelanjaan

rekod perbelanjaan financial freedom
rekod perbelanjaan

 

Anda perlu mula merekod perbelanjaan. Beri perhatian kepada perbelanjaan kecil yang sering diabaikan. Senang cerita, semula yang keluar dari dompet dan akaun bank anda perlu direkodkan walaupun nilainya RM0.50.

Haa...bukan senang kan? Tapi pupuklah habit merekod perbelanjaan. Akhirnya nanti anda akan faham kenapa anda perlu rekod segala-galanya. Jika anda hanya rekod perbelanjaan yang besar, anda akan dapati banyak juga duit yang dah belanja tapi tak tahu kemana perginya. Sebenarnya perbelanjaan yang kecil, bila digabungkan boleh menjadi belanja yang besar. Sekiranya anda tak tahu kemana perginya amaun tersebut, sebenarnya kerana anda terlepas pandang rekod perbelanjaan kecil. Jadi mulalah memberi perhatian kepada perbelanjaan kecil ini.tt

2) Tahu membezakan kehendak vs keperluan

kemahuan vs keperluan
kemahuan vs keperluan

Belajar untuk kenalpasti kehendak dan keperluan. Terdapat perbezaan antara kedua-dua ini dan ini secara tak langsung boleh menghentikan kebocoran perbelanjaan ke atas perkara yang tidak perlu dan membazir.

Satu formula yang biasa digunakan untuk membezakan keperluan dan kehendak, adalah dengan menanya soalan = Jika saya tak beli, adakah saya boleh survive?

Soalan ini sudah tentu akan menjadikan anda terfikir tahap keperluan, contohnya anda lihat sebuah handphone yang biasanya berharga jualan RM3000 telah dijual pada harga promosi terhad RM1900. Jimat RM1100 kan?
Tapi jika ambil satu saat berfikir soalan, "jika saya tak beli, adakah saya boleh survive?", anda akan dapati, handphone baharu tersebut bukanlah keperluan. Anda memang sedang memiliki sebuah handphone jadi tanpa handphone baharu tersebut, anda masih boleh survive kan?
Tabahkan diri anda dan teruskan perancangan kewangan anda ya.

3) Mula Menyimpan

mula menyimpan
mula menyimpan

Anda perlu mula belajar menyimpan. Tak perlu banyak-banyak pada permulaan. Ini bergantung kepada nilai "tak kisah anda". Ada orang RM3 adalah nilai tak kisah. Jadi mereka simpan dahulu RM3 sehari. Ada juga yang tak kisah pada nilai RM50. Maka teruskan menyimpan nilai tak kisah tersebut.
Bayangkan amalan selama ini, jika anak minta duit untuk beli gula-gula, anda terus hulurkan RM3 tanpa perlu berfikir panjang. Inilah nilai yang dinamakan "nilai tak kisah".

Apabila anda sudah mula biasa dan menjadi tabiat, tingkatkan nilai simpanan anda. Matlamat akhir anda adalah nilai 20% daripada pendapatan atau gaji anda.

Satu perkara yang anda perlu ingat ialah, menyimpan mengambil masa. Jadi jangan ingat, ia ambil masa 1-3 bulan ya. Menyimpan pada permulaan ambil masa 1 tahun. Untuk matlamat menyimpan yang lebih besar, akan mengambil masa sehingga 3-5 tahun!

4) Guna Formula 50-30-20


Guna Formula
pembahagian pendapatan


Anda perlu mula untuk membahagikan pendapatan bulanan anda mengikut formula 50-30-20. Mungkin pada mulanya bahagian 50 itu agak sukar kerana komitmen loan sedia ada, namun apabila anda kenalpasti dan cuba selesaikan hutang tersebut, anda akan cuba untuk mencapai jumlah keseluruhan hutang anda kepada nilai 50%. Jika masih tinggi, ini bermaksud anda mempunyai hutang diluar kemampuan anda sebagai individu.



5) Guna pelbagai akaun bank atau akaun simpanan

guna pelbagai akaun simpanan financial freedom
guna pelbagai akaun simpanan

Untuk mengelakkan anda "terguna" duit simpanan, anda dinasihatkan untuk mengasingkan duit tersebut ke dalam akaun yang berbeza. Ada orang meletakkan duit simpanan ke dalam akaun asb atau tabung haji. Terpulang kepada keselesaan anda.

Jika anda ada akaun berbeza yang banyak akan menjadikan proses pengeluaran menjadi rumit dan menyusahkan. Ini akan mengingatkan secara psikologi bahawa duit simpanan tersebut bukan untuk dibelanjakan tetapi anda perlu kekalkan sebagai simpanan.


6) Fokus Settle Hutang


fokus settle hutang
selesai hutang

Setelah anda dah mula menyimpan pada amaun yang baik, kini sampai masa untuk mula fokus selesaikan hutang. Sebaiknya mula dengan hutang paling kecil. Fokuskan bayaran lebih setiap bulan pada hutang paling kecil ini supaya segera selesai. Kemudian, fokus kepada hutang kedua paling kecil dan seterusnya.


7) Guna Teknik Refinance atau Debt Consolidation

Guna Teknik
penyatuan hutang

 

Penyatuan hutang ataupun Debt Consolidation bermaksud menggabungkan semua hutang ke dalam satu hutang besar sahaja. Apa yang berlaku adalah setiap hutang mempunyai kadar faedah atau interest rate berbeza yang tinggi. Jika semuanya berlaku full settlement awal (pasti ada diskaun penyelarasan penyelesaian awal) dan dimasukkan pula dalam hutang tunggal yang lebih rendah kadar faedahnya. Ini pasti menjimatkan secara keseluruhan dan juga menjadikan bayaran bulanan lebih rendah berbanding jika setiap hutang dibayar secara berasingan.



8) Sentiasa Check Skor CCRIS


Sentiasa Check Skor CCRIS
semak skor ccris

Laporan skor CCRIS anda boleh disemak melalui laporan CTOS. CTOS merupakan agensi pelaporan kredit ataupun CRA. Skor ini biasanya digunakan oleh pihak bank semasa ingin melihat tabiat pembayaran seseorang dalam urusan hutang.

Jika anda selalu memerhatikan skor CCRIS ini, anda akan sentiasa pastikan setiap pembayaran adalah sebelum tarikh akhir dan dapat mengekalkan skor CCRIS yang baik.


9) Mula Belajar Melabur Dengan Bijak

Mula Belajar Melabur Dengan Bijak
teknik pelaburan 

Buat permulaan, boleh menyimpan dalam pelaburan yang berisiko rendah seperti ASB. Namun jika ingin memaksimumkan simpanan, anda perlu belajar teknik melabur secara agresif.
Pelaburan yang boleh dipertimbangkan adalah saham, emas, crpto dan lain-lain lagi.


10) Bayar Cukai LHDN Dengan Bijak


Bayar Cukai LHDN Dengan Bijak
bayar cukai

Pastikan anda mengisytihar dan membayar cukai. Sama ada anda mendapat bayaran balik cukai atau tidak, itu perkara kedua. Pastikan anda membayar dan mendapatkan pengecualian cukai yang sepatutnya. Sebagai rakyat Malaysia yang baik, menguruskan kewangan dengan baik dan seterusnya membayar cukai adalah salah satu perkara untuk mecapai financial freedom. 



Jika anda berminat untuk merancang kewangan anda untuk mencapai financial freedom, boleh dapatkan sesi google meet PERCUMA 30 minit.

Jika SERIUS berminat, sila isi borang di bawah:



Lawati Facebook Page Kami = https://www.facebook.com/financialplannermalaysia

Lawati Youtube Channel Kami = https://www.youtube.com/@financialplannermalaysia


Catat Ulasan

0 Ulasan