Menurut definisi Bursa Malaysia,FCPO ialah Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah dalam denominasi Ringgit Malaysia (MYR) yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives. Ia menjadi penanda aras harga global kepada para peserta pasaran untuk Pasaran Minyak Sawit Mentah sejak Oktober 1980. Selama lebih 40 tahun,
FCPO digunakan secara aktif oleh penggiat industri minyak makan dan lemak sebagai penyelesaian pengurusan risiko, serta oleh pengurus dana dan institusi kewangan untuk menguruskan turun naik harga di pasaran.
FCPO atau nama penuhnya, Future Crude Palm Oil, merupakan kontrak niaga pasaran hadapan berdasarkan
pasaran fizikal minyak kelapa sawit dunia yang diniagakan dalam Ringgit Malaysia (RM).
Ia menjadi penanda aras bagi harga minyak sawit dan produk berasaskan minyak
sawit di seluruh dunia.
Kontrak FCPO adalah patuh syariah, sepertimana yang telah
diputuskan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
FCPO ini adalah salah satu instrumen pelaburan di Malaysia yang
dikategorikan sebagai salah satu instumen pelaburan yang berisiko tinggi. Dalam
dunia pelaburan, semakin tinggi risiko, semakin besar nilai keuntungan yang
anda mungkin perolehi.
Berikut adalah sedikit sebanyak apa yang anda perlu tahu
berkenaan dengan kontrak FCPO ini.
- Saiz Kontrak FCPO ialah 25 Tan Metrik (MT).
- Bulan kontraknya ialah bulan terkini dan 11 bulan berikut, serta selepasnya, bulan silih ganti sehingga 36 bulan berikutnya.
- Unit Niaga urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia (MYR).
- Penyeselaian Akhir dalam bentuk penyerahan fizikal yang perlu disahkan Nombor Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Waktu Dagangan FCPO:
Isnin hingga Jumaat (Waktu Malaysia)
Sesi dagangan pagi : 10.30 a.m. hingga 12.30 p.m.
Sesi dagangan petang : 2.30 p.m. hingga 6.00
p.m.
Isnin hingga Khamis (Waktu Malaysia)
Sesi dagangan selepas waktu dagangan (T+1):9.00 p.m. hingga
11.30 p.m.
Mengapa pilih FCPO ?
Akses Global
FCPO didagangkan secara elektronik di CME GLOBEX®, sebuah
platform perdagangan elektronik global. Kemudahan mengakses CME Globex®
membolehkan pedagang individu dan profesional di seluruh dunia mengakses semua
produk Bursa Malaysia Derivatives.
Pengurusan Risiko
Syarikat perladangan, penapisan, pengeksport dan pengilang
boleh menggunakan FCPO untuk mengurus risiko dan melindung nilai daripada
risiko pergerakan harga FCPO yang tidak dijangkakan di pasaran fizikal.
Perdagangan Berleveraj
Mendapat pendedahan berleveraj terhadap nilai nosional aset
pendasar dengan jumlah modal yang agak kecil (Margin Awal), menggandakan kesan
sesuatu perubahan harga.
Pendedahan Pasaran Segera
Pengurus dana global, penasihat perdagangan komoditi dan
pedagang proprietari mendapat pendedahan segera terhadap pasaran Minyak Sawit
Mentah yang aktif melalui FCPO.
Manfaatkan Kedua-dua Pasaran Bul dan Bear
FCPO menyediakan produk berstruktur kepada pelabur runcit
untuk mengakses pasaran Minyak Sawit Mentah. Beli rendah dan jual tinggi
apabila wujud prospek kenaikan harga Minyak Sawit Mentah, dan sebaliknya
apabila wujud prospek penurunan harga.
Proses Penyerahan Fizikal yang Mampan
Semua sumber penyerahan fizikal Minyak Sawit Mentah (CPO) di
bawah kontrak FCPO perlu didapati daripada Kilang Minyak Sawit yang memenuhi
Pensijilan Pengurusan Kelapa Sawit (OPMC) di bawah syarat Skim Pensijilan
Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Trading FCPO memerlukan kemahiran menganalisis dan merangka
strategi.Terdapat platform-platform tertentu yang digunakan untuk melihat
pergerakan FCPO. Semuanya memerlukan ilmu dan tunjuk ajar daripada mereka yang
lebih arif dan berpengalaman dalam bidang ini.
sumber rujukan: Bursa Malaysia
Adakah anda tengah survey pelaburan untuk anda gandakan wang anda? Tak pasti mana satu paling sesuai dengan situasi anda? Dapatkan sesi PERCUMA 30 minit google meet untuk sembang-sembang situasi kewangan anda dan apa yang kami boleh bantu anda.
Slot adalah terhad, pastikan anda isi segera form di bawah:
Lawati Facebook Page Kami = https://www.facebook.com/financialplannermalaysia
Lawati Youtube Channel Kami = https://www.youtube.com/@financialplannermalaysia
0 Ulasan