Pelaburan Cryptocurrency Mata Wang Kripto Malaysia
Financial Doctor anda...Investment Portfolio-Takaful-Wasiat Hibah-Tax-Debt Restructure-Retirement Planning-Hajj Planning

Pelaburan Cryptocurrency Mata Wang Kripto Malaysia

 

 

bitcoin




 Transaksi ‘cashless’ atau transaksi tanpa tunai semakin meluas digunakan pada masa kini. Ramai yang lebih menggemari transaksi tanpa tunai seperti pemindahan ‘e-wallet’ contohnya. Perkara yang sama berlaku dalam dunia pelaburan, di mana para pelabur lebih memilih untuk melabur dalam aset digital berbanding jenis pelaburan yang lain seperti hartanah. Keadaan ini disebabkan kos permulaannya lebih rendah. Populariti pelaburan ‘‘‘Cryptocurrency’’’ semakin meningkat naik di serata dunia dan semakin dikenali ramai.

 

Apa itu ‘‘Cryptocurrency’’?
 

Dalam bahasa mudahnya, ‘‘Cryptocurrency’’ ialah sejenis matawang digital yang digunakan sebagai medium transaksi .Ia wujud dalam satu sistem akaun maya yang tidak tertakluk pada kawalan bank atau pun kerajaan. ‘‘Cryptocurrency’’ tidak wujud dalam bentuk  fizikal seperti wang kertas atau pun duit syiling.

Bitcoin,Litecoin dan Etherum adalah contoh nama-nama ‘‘Cryptocurrency’’ yang wujud dalam pasaran masa kini.

‘‘Cryptocurrency’’ bergantung kepada teknologi blockchain. Blockchain ialah ‘open ledger’ dengan pelbagai kod tertentu,yang menyimpan semua rekod transaksi digital para pelabur yang merekod semua transaksi di antara pelabur-pelabur.  Ianya kekal dan tidak boleh dimanipulasi atau dipinda.

‘‘Cryptocurrency’’ menggunakan perlindungan ‘cryptography’ yang akan melindungi maklumat transaksi dengan penggunaan kod tertentu. Kod-kod ini hanya boleh dibaca oleh pihak pemberi dan penerima sahaja. Dengan ini, segala transaksi di antara para pelabur akan kekal tersembunyi dan selamat.

 

bitcoin malaysia


Populariti ‘‘Cryptocurrency’’

‘‘Cryptocurrency’’ boleh digunakan untuk tujuan pembelian barangan atau pun perkhidmatan secara ‘online’.Pengguna boleh menerima atau menghantar pembayaran ke mana-mana sahaja di seluruh dunia.

‘‘Cryptocurrency’’ juga  sering didagangkan di bursa desentralisasi.

 

Unit ‘‘Cryptocurrency’’ dicipta melalui proses yang dipanggil mining atau perlombongan bagi menjana syiling-syiling ‘‘Cryptocurrency’’ seperti Bitcoin.Ia melibatkan penggunaan komputer dan talian internet yang stabil. Siapa sahaja boleh menjadi ‘miner’ ‘‘Cryptocurrency’’ dengan menggunakan mesin mining seperti mining rig dan graphics card.



 


Kebaikan ‘‘Cryptocurrency’’

 

Desentralisasi

‘‘Cryptocurrency’’ tidak dikeluarkan,dikawal atau bergantung kepada mana-mana institusi kewangan.

 

Kerahsiaan identiti

Urusniaga ‘‘Cryptocurrency’’ dijalankan secara privasi tanpa melibatkan pendedahan identiti.

 

Telus

Walaupun identiti anda dirahsiakan semasa transaksi, data tetap akan direkodkan pada open ledger yang boleh dilihat oleh orang lain pada bila-bila masa.

 

Mudah Dibeli

Terdapat banyak platform yang membolehkan pengguna membeli pelbagai ‘‘Cryptocurrency’’ di Malaysia, seperti Crypto.com dan Luno. Pembelian boleh dilakukan dengan pelbagai matawang seluruh dunia selain dolar US.

 

Pertukaran ‘‘Cryptocurrency’’  Dengan Mudah

Pelabur atau pengguna boleh menukar antara ‘‘Cryptocurrency’’ yang berbeza menggunakan e-wallet, dengan yuran transaksi yang rendah. Syiling bitcoin boleh ditukar kepada syiling lain seperti Ethereum.

 

Selamat

Teknologi blockchain dengan perlindungan cryptography memastikan segala rekod transaksi adalah selamat dan sukar untuk dinyahkodkan.

 

Terjamin

Pasaran kripto tidak pernah ditutup dan anda boleh menjual syiling bitcoin atau lain-lain, apabila nilainya meningkat naik.




Keburukan ‘‘Cryptocurrency’’

 

‘Untraceable’

Dengan teknologi blockchain, tiada cara untuk kerajaan atau pihak ketiga lain seperti bank untuk mengesan atau memantau segala transaksi atas talian yang dilakukan oleh para pengguna.

Banyak aktiviti haram yang melanggar undang-undang seperti dark web, menggunakan bitcoin sebagai cara untuk terlepas daripada pemantauan pihak berkuasa.

 

Berisiko Tinggi

‘‘Cryptocurrency’’ merupakan aset yang tidak menentu naik turun nilainya, yang boleh menjadi berbeza-beza dalam tempoh masa yang singkat

 

Tiada Bayaran Balik Atau Pembatalan

Jika anda salah menghantar coin ke alamat e-wallet yang salah, duit anda tidak akan dikembalikan.

Terdapat juga transaksi palsu yang dicipta oleh ‘scammer’ untuk tujuan penipuan atas talian. Anda beli barang menggunakan coin, tetapi barangnya tidak sampai-sampai. Anda tidak boleh menuntut coin anda daripada penjual kerana tiada maklumat identiti didedahkan.

 

Risiko Tidak menentu

Disebabkan ‘‘Cryptocurrency’’ bukan dalam bentuk fizikal, keadaan ini menjadikannya sangat rapuh. Nilainya tidak menentu dan boleh terjejas teruk pada bila-bila masa bergantung kepada situasi semasa.


 


Senarai Platform ‘‘Cryptocurrency’’ Di Malaysia

 

Luno

Tokenize

Sinegy

Kucoin

Huobi

Kraken

Crypto.com( tidak menerima Ringgit Malaysia, transaksi dalam dolar US)



 

Akhir kata, seperti pelaburan-pelaburan jenis lain, anda perlu buat sedikit ‘research’ bagi tujuan memahami perkara-perkara berkaitan pasaran ‘‘Cryptocurrency’’. Ia bukanlah topik yang mudah kerana melibatkan risiko dan teknologi yang sedikit kompleks. Hubungi wealth  advisor yang berpengetahuan luas dalam bidang ini bagi membantu anda membuat keputusan yang terbaik.

 

 

 

Adakah anda minat dengan pelaburan moden seperti wang kripto? Anda tak pasti adakah sesuai nak mula atau tak dengan situasi sekarang? Dapatkan sesi PERCUMA 30 minit google meet untuk sembang-sembang situasi kewangan anda dan apa yang kami boleh bantu anda.

 Slot adalah terhad, pastikan anda isi segera form di bawah:



Lawati Facebook Page Kami = https://www.facebook.com/financialplannermalaysia

Lawati Youtube Channel Kami = https://www.youtube.com/@financialplannermalaysia



Catat Ulasan

0 Ulasan