Pelaburan RoboAdvisor dan Pengurus Pelaburan Digital Malaysia
Financial Doctor anda...Investment Portfolio-Takaful-Wasiat Hibah-Tax-Debt Restructure-Retirement Planning-Hajj Planning

Pelaburan RoboAdvisor dan Pengurus Pelaburan Digital Malaysia

 

 

 

roboadvisor malaysia

Roboadvisor) adalah platform digital atas talian yang menyediakan perkhidmatan perancangan kewangan dan pelaburan. Ia menggunakan algoritma matematik dan kecerdasan buatan (AI) tertentu bagi membangunkan dan menguruskan portfolio kewangan pelanggan.

 Dengan bahasa mudahnya, roboadvisor ialah ‘robot cerdik’ yang membantu anda untuk memilih saham atau dana untuk tujuan pelaburan dengan lebih senang.

Roboadvisor akan mengumpulkan maklumat kewangan dan matlamat pelaburan masa depan anda melalui ‘questionare’ dalam talian. Ia kemudian akan memproses dan menggunakan data ini bagi mencipta portfolio kewangan untuk anda.

Seterusnya roboadvisor akan menawarkan nasihat dan melabur secara automatik untuk anda sambal mengimbangi potensi risiko secara berkala.

Roboadvisor yang berbeza akan menggunakan kaedah pelaburan yang berbeza, mengikut platform pelaburan dan portfolio pelaburan pelanggan.



roboadvisor malaysia


Kelebihan Menggunakan Roboadvisor:

 

  • Anda tidak perlu bersusahpayah membuat analisis berkaitan pelaburan yang sesuai kerana roboadvisor akan melakukan kerja itu untuk anda. Anda tidak perlu menghabiskan banyak masa memantau dan mengimbangi akaun pelaburan anda kerana roboadvisor akan melakukannya secara berkala dan automatik.

 

  • Dalam dunia pelaburan, terdapat ramai pelabur yang akan mengeluarkan wang mereka apabila pasaran merosot dan ada yang ‘pump’ lebih banyak aliran tunai apabila pasaran meningkat.Saranan atau ‘tip’ daripada pelabur lain dan sentimen pasaran boleh menyebabkan ramai pelabur bertindak mengikut emosi melulu dan seterusnya mengakibatkan kerugian. Dengan roboadvisor,situasi sebegini tidak mungkin berlaku. Pertimbangan dan keputusan yang dibuat oleh roboadvisor lebih bersifat logikal kerana tidak melibatkan emosi.

 

  • Roboadvisor biasanya hanya mengenakan yuran pengurusan yang rendah, selalunya di bawah 1% setahun. Dengan nilai wang serendah RM100, anda sudah boleh memulakan pelaburan anda di hujung jari, menggunakan telefon pintar secara konsisten setiap bulan.

 

  • Platform roboadvisor di Malaysia akan melabur ke dalam exchang- trade fund (ETF) luar negara. ETF ialah gabungan pelaburan dalam bentuk saham, bon, emas dan lain-lain.Roboadvisor akan mempelbagaikan pelaburan dalam instrumen berbeza mengikut portfolio kewangan dan sudah pastinya akan memberi pulangan yang memberangsangkan.



suruhanjaya sekuriti


Roboadvisor Berlesen di Malaysia Yang Diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) :
 

Kenanga Investment Bank Berhad

  • BH Global Fintech Sdn.Bhd
  • Wahed Technologies Sdn. Bhd
  • GAX MD Sdn.Bhd
  • UOB Asset Management (Malaysia) Bhd.
  • Raiz (Malaysia) Sdn.Bhd
  • Stashaway (Malaysia) Sdn.Bhd
  • Akru Now Sdn. Bhd

 

Setiap satu platform roboadvisor ini mempunyai produk dan keunikannya yang tersendiri. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menguruskan wang anda dengan baik. Pelaburan menggunakan roboadvisor akan membantu anda mengembangkan nilai wang anda. Lagi cepat anda bermula, lagi cepat wang anda akan berganda. Untuk bermula, syaratnya tidak perlukan wang yang banyak, tetapi anda perlu berdisiplin menambah ilmu pelaburan dan mengikuti nasihat kewangan daripada mereka yang arif dalam bidang ini.

 


Adakah anda tak ada masa nak melabur tapi ada modal nak mulakan? Anda tak pasti nak melabur atau tidak? Dapatkan sesi PERCUMA 30 minit google meet untuk sembang-sembang situasi kewangan anda dan apa yang kami boleh bantu anda.

 Slot adalah terhad, pastikan anda isi segera form di bawah:



Lawati Facebook Page Kami = https://www.facebook.com/financialplannermalaysia

Lawati Youtube Channel Kami = https://www.youtube.com/@financialplannermalaysia



Catat Ulasan

0 Ulasan