Apabila anda berada di alam pekerjaan, terdapat satu ‘jaminan’ kewangan kerana anda memperolehi gaji pada setiap bulan.Keadaan berubah apabila anda sudah tidak lagi bekerja dan berada di alam persaraan nanti. Anda masih perlu meneruskan kehidupan dan memerlukan wang untuk keperluan harian, kesihatan dan perkara-perkara lain.
Bagi pesara kerajaan, amaun pencen bulanan yang diperolehi
adalah bergantung kepada tempoh perkhidmatan dan gred akhir perkhidmatan.
Biasanya amaunnya lebih kurang 2/3 daripada gaji akhir yang diterima.
Kehidupan di alam persaraan akan berbeza mengikut gaya hidup
individu. Ada yang mahu menikmati kehidupan dengan melancong dan mengembara.
Ada yang mahu pulang ke kampung dan berehat-rehat di sana sehingga habis usia.
Ada yang ditakdirkan berpenyakit kronik dan memerlukan belanja perubatan yang
besar serta penjagaan khusus.
Apa pun cita-cita anda selepas bersara nanti, perancangan
yang paling penting adalah dalam aspek kewangan. Anda memerlukan sejumlah wang
yang mencukupi bagi menampung belanja harian dan komitmen bulanan anda serta
tabungan kecemasan supaya tidak perlu bergantung kepada ehsan orang lain nanti.
Apakah langkah-langkah yang perlu anda ambil bagi merancang persaraan?
1. Ketahui keperluan persaraan anda
Apabila anda bersara, jumlah komitmen
bulanan mungkin sudah berkurang kerana ada yang sudah habis dibayar seperti
pinjaman rumah dan kereta. Yang tinggal ketika itu jika anda tidak membuat
hutang baru, mungkin hanya belanja utiliti,makanan, takaful, penjagaan
kesihatan dan servis berkala kenderaan.
Anda
perlu menyenaraikan segala komitmen bulanan dan masukkan juga kos-kos luar
jangkaan seperti kerosakan rumah atau kereta. Senaraikan kos-kos keperluan
berkala seperti melancong, membeli buku dan juga barangan lain.Sekiranya anda mempunyai
tanggungan seperti ibubapa yang uzur atau pun anak-anak yang masih belajar,
masukkan sekali ke dalam anggaran perbelanjaan bulanan.
Dapatkan anggaran perbelanjaan keseluruhan
yang diperlukan setiap bulan dalam
tempoh persaraan nanti.
2. Tetapkan sasaran
Selepas menyenaraikan semua keperluan
kewangan bulanan anda selepas bersara, tetapkan berapa jumlah wang yang anda
perlukan setiap bulan.
Bagi yang akan dapat wang pencen, adakah belanja
bulanan yang anda sudah senaraikan di atas, dapat ditampung oleh wang pencen
itu nanti? Bagi yang bersara tanpa pencen bulanan, adakah simpanan anda
mencukupi untuk tempoh persaraan nanti?
Sebagai contoh, wang yang anda perlukan
setiap bulan selepas bersara ialah sebanyak 2700 bagi mengekalkan kehidupan
yang biasa-biasa.Anda memerlukan sekurang-kurangnya RM578,000 dalam
simpanan pada usia 55 tahun bagi menampung
perbelanjaan bulanan sebanyak RM2,700 sehingga usia 80 tahun.
- Berbelanja dengan bijak Ketika anda masih bekerja. Kurangkan kehendak-kehendak yang ‘membocorkan’ poket anda.Jalani gaya hidup yang sederhana supaya anda dapat menyimpan lebih banyak duit untuk tabung persaraan anda.
- Anda juga boleh berjinak-jinak dengan dunia pelaburan. Bermula lebih awal,dari tahun pertama anda bekerja. Bagi yang bermula lewat, anda masih belum terlambat. Terdapat banyak peluang-peluang yang ada bagi menggandakan jumlah simpanan persaraan anda.
3. Pelan pelaburan
KWSP
Bagi yang memilih untuk menggandakan duit
melalui KWSP,dengan dividennya yang tinggi setiap tahun, anda boleh naikkan
kadar caruman anda atau pun masukkan amaun yang lebih ke dalam akaun anda
setiap bulan secara sukarela.
KWSP menjadi pilihan ramai orang kerana ia diyakini selamat dan memberi pulangan sekitar 6% setahun sepanjang tempoh 10 tahun yang lalu.
Skim Persaraan Swasta (PRS)
PRS adalah skim simpanan dan pelaburan jangka panjang secara sukarela yang membolehkan orang ramai membina dana persaraan mereka. PRS tidak memberi jaminan modal (jadi, jumlah wang pokok tidak dilindungi daripada risiko kerugian) dan PRS juga tidak memberi jaminan yang sama dari segi kadar dividen seperti simpanan KWSP konvensional anda.
Sama seperti KWSP, caruman PRS juga terbahagi 70:30 kepada dua sub-akaun: Sub-Akaun A dan Sub-Akaun B. Kedua-dua pelaburan PRS dan KWSP, mengenakan sekatan ke atas jumlah wang yang anda boleh keluarkan.Akses penuh kepada simpanan PRS anda akan diberikan hanya apabila anda mencapai usia 55 tahun, berlaku kematian atau penghijrahan ke luar negara. Pengeluaran wang hanya boleh dibuat daripada Sub-Akaun B sebelum sampai usia persaraan 55 tahun, dan anda akan dikenakan penalti cukai sebanyak 8%.
Pelaburan lain
Anda juga boleh pertimbangkan untuk melabur dalam pelaburan lain seperti unit amanah dan dana dagangan bursa (ETF) bagi memenuhkan tabung persaraan anda.
Kesimpulannya, rancang ‘bajet pencen’ anda dari awal dan mulalah menabung supaya kehidupan anda lebih terjamin dan selesa dalam tempoh persaraan nanti. Bagi yang sudah bermula sejak di awal alam pekerjaan, tahniah diucapkan. Bagi yang belum bermula, masih belum terlambat untuk anda lakukan sesuatu. Sediakan payung sebelum hujan supaya anda tidak menyusahkan orang-orang di sekeliling di hari tua anda nanti.
Adakah anda sedang memikirkan pelan persaraan anda? Macam mana nak plan supaya dapat bersara selesa tapi dalam kemampuan capai? Dapatkan sesi PERCUMA 30 minit google meet untuk sembang-sembang situasi kewangan anda dan apa yang kami boleh bantu anda.
Slot adalah terhad, pastikan anda isi segera form di bawah:
Lawati Facebook Page Kami = https://www.facebook.com/financialplannermalaysia
Lawati Youtube Channel Kami = https://www.youtube.com/@financialplannermalaysia
0 Ulasan