Kerjaya Perancang Kewangan di Malaysia
Financial Doctor anda...Investment Portfolio-Takaful-Wasiat Hibah-Tax-Debt Restructure-Retirement Planning-Hajj Planning

Kerjaya Perancang Kewangan di Malaysia


financial advisor

Kerjaya perancang kewangan di Malaysia adalah satu bidang yang mempunyai masa depan yang cerah disebabkan berlakunya peningkatan kesedaran masyarakat terhadap aspek pengurusan kewangan. Seorang perancang kewangan berperanan untuk memberi nasihat tentang pemilihan produk dan strategi pelaburan, penjimatan, pelancaran perniagaan atau penilaian berkaitan kewangan untuk individu atau organisasi.

Terdapat 2 kategori penasihat kewangan iaitu

Penasihat kewangan yang mewakili klien,  dikenali sebagai licensed financial planner atau financial advisor representative.

Selain dari memberi khidmat nasihat berkaitan takaful dan pelaburan, penasihat kewangan bertauliah ini juga dapat menstrukturkan semula kewangan dan membantu menyelesaikan isu berkaitan cashflow, harta, hutang, percukaian, zakat dan  pengurusan harta pusaka.

 Penasihat kewangan yang mewakili syarikat, dikenali sebagai ejen insurans/takaful, unit trust consultant atau estate planner.  Mereka hanya memberi khidmat nasihat berkaitan produk dan servis syarikat yang mereka wakili sahaja. Penasihat kewangan kategori ini bukanlah penasihat kewangan bertauliah.

Mengikut Financial Services Act 2013,hanya penasihat atau perancang kewangan yang bertauliah sahaja yang boleh menggunakan istilah financial advisor . Selain itu boleh dikenakan tindakan undang-undang jika menyalahgunakan istilah  perancang kewangan.

 

Penasihat kewangan bertauliah ini mempunyai 2 lesen bagi menjalankan tugasnya.

Financial Adviser Representative (FAR) bawah Bank Negara Malaysia (BNM) dan satu lagi ialah dalam istilah rasminya, Licensed Capital Market Services Representative Licence holders for Financial Planning. Lebih mudah sebut sebagai licensed financial planner atau Financial Planner Representative (FPR). FPR pula mereka yang berlesen bawah Suruhanaya Sekuriti.

Anda boleh menyemak status perancang kewangan sama ada bertauliah atau pun tidak melalui laman web Suruhanjaya Sekuriti dan juga Bank Negara Malaysia.

penasihat kewangan malaysia

Bagaimana Menjadi Seorang Penasihat Kewangan?

Untuk memulakan kerjaya perancang kewangan di Malaysia, seseorang perlulah mempunyai kelayakan yang sesuai dalam bidang kewangan dan perlu memahami keperluan dan strategi kewangan individu atau organisasi. Berikut adalah langkah-langkah yang dapat membantu individu yang ingin mengambil langkah ke arah kerjaya perancang kewangan di Malaysia:

1. Dapatkan kelayakan yang sesuai - Untuk menjadi perancang kewangan, seseorang perlu mempunyai kelayakan dalam bidang kewangan seperti ijazah dalam kewangan, perbankan atau akauntan. Sijil kelayakan profesional seperti CFP (Certified Financial Planner) juga boleh membantu dalam kerjaya ini.

Untuk mereka yang berminat untuk menjadi penasihat kewangan bertauliah, anda perlu mendapatkan salah satu dari 3 sijil profesional berikut:

1. Registered Financial Planner (RFP) atau Shariah RFP,
2. Certified Financial Planner (CFP) atau Islamic Financial Planner (IFP)
3. Chartered Financial Consultant (ChFC)

Kemudian anda perlu mendaftar dengan professional association yang mengeluarkan sijil tersebut dan seterusnya memohon lesen menjadi penasihat kewangan bertauliah melalui firma penasihat kewangan berlesen yang ada.

Walaupun anda mempunyai sijil yang disebutkan di atas tetapi selagi tidak memohon lesen daripada pihak berwajib ,maka anda  masih belum boleh diiktiraf sebagai penasihat kewangan yang bertauliah berdasarkan undang-undang yang disebutkan di atas.


financial advisor malaysia


2. Memperoleh pengalaman - Mengambil latihan amali dan meneroka pasaran kerja bagi memberi nilai tambah dalam kerjaya perancang kewangan di Malaysia. Peluang untuk memberi khidmat nasihat secara langsung dan memberi maklumat berkaitan kewangan harus diutamakan.

 3. Menjalin hubungan dengan pelanggan - Perancang kewangan perlu mempunyai kemahiran seperti komunikasi dan kemampuan mendengar yang baik untuk menjalin hubungan dengan pelanggan dan memahami keperluan dan tujuan mereka dalam sesi perancangan kewangan.

4. Pemahaman undang-undang dan peraturan - Seorang perancang kewangan perlu memahami peraturan dan undang-undang kewangan di Malaysia yang meliputi CCM, FSA, BNM dan lain-lain.

5. Belajar dan berkembang - Seorang perancang kewangan harus sentiasa belajar dan mengikuti perkembangan terkini dalam bidang kewangan. Mereka juga harus memahami produk dan ketetapan kewangan terkini untuk dapat memberi khidmat nasihat terbaik kepada pelanggan.

Kesimpulannya, ilmu pengetahuan, kelayakan, pengalaman, pengetahuan undang-undang dan komunikasi yang tepat dapat membantu individu memulakan dan membina sebuah kerjaya yang cemerlang dalam bidang kewangan di Malaysia.




Adakah anda sedang survey kerjaya kewangan anda? Apa kata anda mula dulu dengan rancang kewangan anda sendiri dahulu. Dapatkan sesi PERCUMA 30 minit google meet untuk sembang-sembang situasi kewangan anda dan apa yang kami boleh bantu anda.

 Slot adalah terhad, pastikan anda isi segera form di bawah:



Lawati Facebook Page Kami = https://www.facebook.com/financialplannermalaysia

Lawati Youtube Channel Kami = https://www.youtube.com/@financialplannermalaysia






Catat Ulasan

0 Ulasan